Bantuan Pengkajian
Perubahan Rupa


Perubahan Rupa

Keadaan orang-orang yang untuk sementara waktu diubah dalam penampilan dan sifat—yaitu, diangkat ke tingkat rohani yang lebih tinggi—sehingga mereka dapat menanggung hadirat dan kemuliaan makhluk surgawi.

Perubahan Rupa Kristus

Petrus, Yakobus, dan Yohanes melihat Tuhan dimuliakan dan diubah rupa di hadapan mereka. Juruselamat sebelumnya telah berjanji bahawa Petrus akan menerima kunci-kunci kerajaan syurga (Mat. 16:13–19; 17:1–9; Mrk. 9:2–10; Luk. 9:28–36; 2 Ptr. 1:16–18). Pada peristiwa penting ini, Juruselamat, Musa, dan Elias (Elia) memberikan kunci-kunci imamat yang dijanjikan kepada Petrus, Yakobus, dan Yohanes. Dengan kunci-kunci imamat ini, Rasul-rasul memiliki kuasa untuk melanjutkan pekerjaan kerajaan setelah kenaikan Yesus.

Joseph Smith mengajarkan bahawa di gunung perubahan rupa, Petrus, Yakobus, dan Yohanes juga diubah rupa. Mereka melihat suatu penglihatan tentang bumi sebagaimana itu akan tampak dalam keadaan masa depannya yang dimuliakan (A&P 63:20–21). Mereka melihat Musa dan Elia, dua makhluk yang diangkat, dan mendengar suara Bapa. Bapa berfirman, “Inilah Anak yang Kukasihi, kepada-Nyalah Aku berkenan, dengarkanlah Dia” (Mat. 17:5).

Makhluk-makhluk yang telah berubah rupa

Cetak