Bantuan Pengkajian
Kanaan, bangsa Kanaan


Kanaan, bangsa Kanaan

Dalam zaman Perjanjian Lama, anak lelaki yang keempat kepada Ham (Kej. 9:22; 10:1, 6) dan cucu lelaki kepada Nuh. Bangsa Kanaan merujuk kepada seseorang dari negeri di mana diduduki Kanaan pada asalnya dan juga kepada para keturunannya. Bangsa Kanaan juga merupakan nama bagi orang-orang yang menduduki kawasan tanah rendah di sepanjang pantai Mediterranean di Palestin. Nama ini kekadang digunakan untuk menggambarkan semua penduduk bukan Israel di negeri Yordan sebelah barat, yang mana dipanggil oleh orang Yunani sebagai orang Fenisia.