Seperti digunakan di dalam tulisan suci, sebuah keluarga merangkumi seorang suami dan isteri, anak-anak, dan kadang kala saudara-mara lain yang tinggal di dalam rumah yang sama atau di bawah satu ketua keluarga. Sebuah keluarga boleh juga merupakan seorang ibu atau ayah tunggal dengan anak-anak, suami dan isteri tanpa anak-anak, atau bahkan seorang yang membujang yang tinggal bersendirian.
Kemuliaanmu akan menjadi penerusan benih keturunan selama-lamanya, A&P 132:19 .
Aku akan memberikan kepadanya mahkota kehidupan abadi di dalam dunia-dunia yang abadi, A&P 132:55 .
Pemeteraian anak-anak kepada ibu bapa adalah sebahagian daripada pekerjaan besar kegenapan zaman, A&P 138:48 .
Lelaki dan perempuan telah Aku ciptakan mereka, dan berfirman kepada mereka: Berbuahlah, dan beranaklah, Musa 2:27–28 .
Tidaklah baik bahawa lelaki itu harus keseorangan, Musa 3:18 .
Adam dan Hawa bekerja bersama, Musa 5:1 .
Abraham akan memberi perintah kepada anak-anaknya, dan mereka akan tetap hidup menurut jalan Tuhan, Kej. 18:17–19 .
Engkau akan mengajarkan firman-firman ini dengan tekun kepada anak-anakmu, Ul. 6:7 (Ul. 11:19 ).
Siapa yang mengasihi anaknya, menegur dia pada waktunya, Ams. 13:24 (Ams. 23:13 ).
Didiklah seorang anak menurut jalan yang patut baginya, Ams. 22:6 .
Nikmatilah hidup dengan isteri yang engkau kasihi, Pkh. 9:9 .
Semua anakmu akan diajar oleh Tuhan, Yes. 54:13 (3Â Ne. 22:13 ).
Didiklah mereka di dalam asuhan Tuhan, Ef. 6:1–4 (Enos 1:1 ).
Jika seseorang tidak memelihara keluarganya sendiri, dia menyangkal kepercayaannya, 1Â Tim. 5:8 .
Dia memujuk mereka dengan segala perasaan seorang ibu bapa yang penyayang, 1Â Ne. 8:37 .
Kita berbicara berkenaan Kristus agar anak-anak kita dapat mengetahui kepada punca mana mereka dapat berpaling, 2Â Ne. 25:26 .
Para suami mereka dan para isteri mereka mengasihi anak-anak mereka, Yakub 3:7 .
Mengajar mereka untuk saling mengasihi dan untuk saling melayani, Mosia 4:14–15 .
Kamu akan mempertahankan keluargamu bahkan sampai pertumpahan darah, Alma 43:47 .
Berdoalah dalam keluargamu agar isterimu dan anak-anakmu dapat diberkati, 3Â Ne. 18:21 .
Para ibu bapa hendaklah mengajarkan Injil kepada anak-anak mereka, A&P 68:25 .
Setiap lelaki bertanggungjawab untuk menyara keluarganya sendiri, A&P 75:28 .
Semua anak memiliki tuntutan hak ke atas orang tua mereka, A&P 83:4 .
Besarkan anak-anakmu dalam cahaya dan kebenaran, A&P 93:40 .
Aturlah rumahmu sendiri, A&P 93:43–44, 50 .
Para pemegang imamat harus mempengaruhi orang lain hanya melalui kasih yang tidak berpura-pura, A&P 121:41 .
Jika anak-anak itu bertaubat, kemarahanmu harus dipalingkan, A&P 98:45–48 .
Para puteri Hawa yang setia menyembah Tuhan yang hidup dan sejati, A&P 138:38–39 .
Ajaran dan Perjanjian menyatakan sifat abadi mengenai hubungan perkahwinan dan keluarga. Perkahwinan selestial dan penerusan unit keluarga membolehkan para suami dan para isteri untuk menjadi para tuhan (A&P 132:15–20 ).