Kemampuan untuk melakukan sesuatu. Memiliki kuasa atas seseorang atau sesuatu adalah memiliki kemampuan untuk mengendalikan atau memerintah orang atau benda itu. Dalam tulisan suci, kuasa sering kali dihubungkan dengan kuasa Tuhan atau kuasa syurga. Itu sering kali secara erat berhubungan dengan wewenang keimamatan, yang adalah izin atau hak untuk bertindak bagi Tuhan.
Tetapi Aku membiarkan engkau hidup untuk menunjukkan kuasa-Ku kepadamu, Kel. 9:16 .
Tuhan adalah kekuatan dan kuasaku, 2Â Sam. 22:33 .
Jangan menahan kebaikan apabila kamu ada kuasa untuk melakukannya, Ams. 3:27 .
Aku dipenuhi dengan kuasa roh dari Tuhan, Mi. 3:8 .
Aku telah diberikan segala kuasa di syurga dan di bumi, Mat. 28:18 .
Orang kagum melihat cara Yesus mengajar, kerana Dia berkata-kata dengan kuasa, Luk. 4:32 .
Tetapi kamu mesti menunggu di kota ini sehingga kuasa daripada Tuhan turun kepada kamu, Luk. 24:49 .
Kepada mereka yang menpercaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Tuhan, Yoh. 1:12 (A&P 11:30 ).
Tetapi kamu akan menerima kuasa, apabila Roh Tuhan datang kepadamu, Kis. 1:8 .
Tiada kuasa yang tidak berasal dari Tuhan, Rm. 13:1 .
Kamu dipelihara oleh kuasa Tuhan melalui iman kepada keselamatan, 1 Ptr. 1:3–5 .
Walaupun seorang manusia boleh memiliki kuasa untuk melakukan banyak pekerjaan yang hebat, namun jika dia bermegah-megah akan kekuatannya sendiri, dia mesti jatuh, A&P 3:4 .
Kuasa melakukan kebaikan dalam setiap orang, A&P 58:27–28 .
Di dalam tatacara-tatacara Imamat Melkisedek kuasa ketuhanan dinyatakan, A&P 84:19–22 .
Hak-hak keimamatan tidak terpisah dari hubungannya dengan kuasa syurga, A&P 121:34–46 .