Mata Di dalam tulisan suci, mata sering digunakan sebagai suatu lambing akan kemampuan seseorang untuk menerima terang dari Tuhan. Secara simboliknya, mata seseorang juga menunjukkan keadaan rohani dan suatu pemahaman tentang hal-hal Tuhan. Perintah Tuhan adalah murni, dan menerangkan mata, Mzm. 19:8. Orang bodoh mempunyai mata tetapi tidak melihat, Yer. 5:21 (Mrk. 8:18). Mata bagaikan cahaya bagi tubuh, Mat. 6:22 (Luk. 11:34; 3 Ne. 13:22; A&P 88:67). Diberkatilah matamu kerana ia melihat, Mat. 13:16. Mata pemahaman kamu akan diterangkan, Ef. 1:17–18. Celakalah yang bijaksana pada mata mereka sendiri, 2 Ne. 15:21 (Yes. 5:21). Mereka mula berpuasa dan berdoa agar mata orang boleh dibukakan, Mosia 27:22. Setan membutakan mata mereka, 3 Ne. 2:2. Tidak seorang pun dapat memiliki kuasa untuk mendatangkan Kitab Mormon kecuali dengan mata yang tertumpu satu-satunya pada kemuliaan Tuhan, Morm. 8:15. Melalui kuasa Roh mata kami dibukakan dan pemahaman kami diterangi, A&P 76:12. Cahaya itu adalah melalui Dia yang menerangi matamu, A&P 88:11. Jika pandanganmu tunggal pada kemuliaan-Ku, seluruh tubuhmu akan dipenuhi dengan cahaya, A&P 88:67.