Bantuan Pengkajian
Hosana


Hosana

Suatu kata dari bahasa Ibrani yang bermaksud “tolong selamatkan kami” dan digunakan dalam pujian dan permohonan.

Pada Perayaan Khemah Ibadat, yang merayakan pembebasan Israel oleh Tuhan ke negeri perjanjian, orang-orang menyanyikan kata-kata dari Mazmur 118 dan melambai-lambaikan dahan-dahan palma. Pada perjalanan masuk Tuhan dengan kemenangan ke Yerusalem, orang ramai berseru “Hosana” dan menebarkan dahan-dahan palma untuk Yesus lalui dengan berkeldai, maka demikian memperlihatkan pemahaman mereka bahawa Yesus adalah Tuhan yang sama yang telah membebaskan Israel pada zaman dahulu (Mzm. 118:25–26; Mat. 21:9, 15; Mrk. 11:9–10; Yoh. 12:13). Orang-orang ini mengakui Yesus sebagai Mesias yang telah lama ditunggu-tunggukan. Kata Hosana telah menjadi suatu perayaan bagi Mesias di semua zaman (1 Ne. 11:6; 3 Ne. 11:14–17). Seruan hosana juga disertakan dalam pembaktian Bait Suci Kirtland (A&P 109:79) dan sekarang merupakan sebahagian dari pembaktian bait-bait suci moden.

Cetak