Bantuan Pengkajian
Pelihat


Pelihat

Orang yang diwenangkan oleh Tuhan untuk melihat dengan mata rohani apa yang telah Tuhan sembunyikan dari dunia (Musa 6:35–38). Dia adalah pewahyu dan nabi (Mosia 8:13–16). Dalam Kitab Mormon, Amon mengajarkan bahawa hanya pelihat dapat menggunakan alat-alat tafsir khusus, atau Urim dan Tumim (Mosia 8:13; 28:16). Pelihat mengetahui waktu yang lalu, sekarang, dan mendatang. Pada zaman dahulu, nabi sering disebut pelihat (1 Sam. 9:9; 2 Sam. 24:11).

Joseph Smith adalah pelihat zaman akhir yang agung (A&P 21:1; 135:3). Di samping itu, Presidensi Utama dan Majlis Dua Belas disokong sebagai nabi, pelihat, dan pewahyu.

Cetak