Dunia Lihat juga Babel, Babilon; Bumi; Fana, Kefanaan Bumi; tempat pengujian bagi manusia fana. Secara lambang, mereka yang tidak mematuhi perintah-perintah Tuhan. Kewujudan fana Di dalam dunia, kamu akan mengalami kesukaran, Yoh. 16:33. Janganlah takut bahkan pada kematian; kerana di dunia ini kebahagiaanmu tidaklah penuh, A&P 101:36. Orang-orang yang tidak mematuhi perintah-perintah Aku akan menghukum dunia kerana kejahatan mereka, Yes. 13:11 (2 Ne. 23:11). Jika dunia membenci kamu, ingatlah bahawa dunia sudah membenci Aku lebih dahulu, Yoh. 15:18–19. Bangunan yang besar dan lapang itu adalah keangkuhan dunia, 1 Ne. 11:36. Dunia sedang menjadi matang dalam kederhakaan, A&P 18:6. Menghindarkan dirimu tidak bernoda dari dunia ini, A&P 59:9. Dia yang setia dan bertahan akan mengatasi dunia, A&P 63:47. Kamu tidak harus hidup menurut cara duniawi, A&P 95:13. Akhir dunia Aku menciptakan suatu dunia yang baru: dan yang terdahulu tidak akan diingat, Yes. 65:17 (Why. 21:1; FK 1:10). Pada akhir dunia ini, lalang akan dikumpul dan dibakar dengan api, Mat. 13:40, 49 (Mal. 4:1; Yakub 6:3). Ladang anggur-Ku akanlah aku suruh dibakar dengan api, Yakub 5:77 (A&P 64:23–24). Tuhan akan menghancur Setan dan pekerjaannya pada akhir dunia, A&P 19:3. Bumi akan mati, tetapi ia akan dihidupkan lagi, A&P 88:25–26. Tuhan menunjukkan kepada Henokh hujung dunia, Musa 7:67.