Kerub-kerub Lembaga-lembaga yang mewakili makhluk syurgawi, bentuk yang tepat tidaklah diketahui. Kerub-kerub telah dipanggil untuk menjaga tempat-tempat yang kudus. Tuhan menempatkan kerub-kerub untuk menjaga jalan ke pokok kehidupan, Kej. 3:24 (Alma 12:21–29; 42:2–3; Musa 4:31). Perwakilan simbolik bagi kerub-kerub diletakkan di atas penutup Tabut, Kel. 25:18, 22 (1 Raj. 6:23–28; Ibr. 9:5). Kerub-kerub disebut di dalam penglihatan-penglihatan Yehezkiel, Yeh. 10; 11:22.