Bantuan Pengkajian
Yosua


Yosua

Seorang nabi dan pemimpin Perjanjian Lama, dan pengganti Musa. Dia dilahirkan di Mesir sebelum anak-anak Israel melarikan diri (Bil. 14:26–31). Dia dan Kaleb adalah antara dua belas pengintip yang diutus ke Kanaan. Mereka sahaja yang telah memberikan laporan yang baik tentang negeri itu (Bil. 13:8, 16–33; 14:1–10). Dia mati pada usia 110 tahun (Yos. 24:29). Yosua ialah teladan yang hebat sebagai seorang nabi, pahlawan yang saleh.

Kitab Yosua

Kitab ini dinamakan menurut nama Yosua kerana dia merupakan tokoh utama di dalamnya dan bukan kerana dia adalah pengarangnya. Bab 1–12 menghuraikan penaklukan Kanaan; bab 13–24 menceritakan tentang suku-suku Israel membahagi-bahagikan negeri itu dan nasihat-nasihat terakhir dari Yosua.

Dua ayat yang terkemuka di dalam kitab Yosua ialah Tuhan memerintahnya untuk merenungkan tulisan suci (Yos. 1:8) dan panggilan Yosua kepada orang-orang untuk menjadi setia kepada Tuhan (Yos. 24:15).

Cetak