Bantuan Pengkajian
Isakhar


Isakhar

Anak lelaki kepada Yakub dan Lea di dalam Perjanjian Lama (Kej. 30:17–18; 35:23; 46:13). Keturunannya menjadi salah satu daripada dua belas suku Israel.

Suku Isakhar

Berkat Yakub kepada Isakhar ditemui di dalam Kejadian 49:14–15. Selepas menetap di Kanaan, suku tersebut menerima sejumlah tanah Filistea yang paling subur, termasuklah dataran Esdraelon. Dalam sempadan-sempadan Isakhar terdapat beberapa tempat yang penting dalam sejarah Yahudi, sebagai contohnya, Karmel, Megido, Dotan, Gilboa, Yizreel, Tabor, dan Nasaret (Yos. 19:17–23).

Cetak