Tegur, Menegur Lihat juga Kesusahan Pembetulan atau disiplin yang diberikan kepada individu atau kumpulan supaya membantu mereka memperbaiki diri atau menjadi lebih kuat. Janganlah membenci teguran dari Yang Mahakuasa, Ayb. 5:17 (Ams. 3:11). Berbahagialah orang yang Engkau tegur, ya Tuhan, Mzm. 94:12. Semua tulisan suci diberikan untuk menegur, untuk memperbetulkan, 2 Tim. 3:16. Tuhan menegur mereka yang Dia kasihi, Ibr. 12:5–11. Tuhan menganggap patut untuk mendera umat-Nya, Mosia 23:21–22. Kecuali Tuhan menghukum umat-Nya, mereka tidak akan mengingati-Nya, Hel. 12:3. Tuhan berbicara dengan saudara lelaki Yared, dan menegurnya, Eter 2:14. Mereka dihukum agar mereka boleh bertaubat, A&P 1:27. Yang Aku kasihi juga Aku teguri agar dosa-dosa mereka dapat diampunkan, A&P 95:1. Mereka semua yang tidak mahu bertahan dalam penghukuman tidak dapat dikuduskan, A&P 101:2–5. Umat-Ku mesti perlu dihukum sehingga mereka belajar kepatuhan, A&P 105:6. Dia yang tidak mahu menanggung teguran tidak layak bagi kerajaan-Ku, A&P 136:31.