Henokh
Seorang nabi yang telah memimpin rakyat dari kota Sion. Pelayanannya dibincangkan di dalam kedua-dua Perjanjian Lama dan Mutiara yang Sangat Berharga. Dia merupakan bapa bangsa yang ketujuh selepas Adam. Dia adalah anak lelaki kepada Yared dan ayah kepada Metusalah (Kej. 5:18–24; Luk. 3:37).
Henokh merupakan seorang yang hebat dan mempunyai pelayanan yang lebih penting daripada yang ditunjukkan dalam catatan ringkas Alkitab mengenainya. Alkitab mencatatkan bahawa dia telah diangkat (Ibr. 11:5) tetapi tidak memberikan perincian tentang pelayanannya. Yud. 1:14 mengandungi sebuah petikan nubuat yang dibuatnya. Wahyu zaman akhir menjelaskan lebih banyak lagi mengenai Henokh (A&P 107:48–57; Musa 6–7). Sion telah diangkat ke syurga kerana kesolehan mereka yang tinggal di dalamnya (Musa 7:69).