Bab 28
Para putera Mosia pergi berkhutbah kepada bangsa Laman—Menggunakan dua batu pelihat, Mosia menterjemahkan kepingan-kepingan bangsa Yared. Kira-kira 92 tahun S.M.
1 Sekarang, terjadilah bahawa setelah para putera Mosia melakukan segala hal ini, mereka membawa sejumlah kecil orang bersama mereka dan kembali kepada ayah mereka, si raja, dan menghasratkan daripadanya bahawa dia akan mengabulkan bagi mereka agar mereka boleh, bersama orang ini yang telah mereka pilih, pergi ke negeri Nefi agar mereka boleh mengkhutbahkan apa yang telah mereka dengar, dan agar mereka boleh memberikan firman Tuhan kepada saudara-saudara mereka, bangsa Laman—
2 Agar barangkali mereka boleh membawa mereka pada pengetahuan tentang Tuhan Raja mereka, dan meyakinkan mereka tentang kederhakaan nenek moyang mereka; dan agar barangkali mereka boleh menyembuhkan mereka daripada kebencian mereka terhadap bangsa Nefi, agar mereka boleh juga dibawa untuk bersukacita di dalam Tuhan Raja mereka, agar mereka boleh menjadi ramah terhadap satu sama lain, dan agar hendaknya tidak ada lagi perselisihan di seluruh negeri yang telah Tuhan Raja mereka berikan kepada mereka.
3 Sekarang, mereka berhasrat agar keselamatan hendaknya dimaklumkan kepada setiap makhluk, kerana mereka tidak dapat tahan bahawa jiwa manusia mana pun akan binasa; ya, bahkan fikiran sahaja bahawa jiwa siapa pun akan menanggung seksaan tanpa akhir menyebabkan mereka bergoncang dan gementar.
4 Dan demikianlah Roh Tuhan mempengaruhi mereka, kerana mereka dahulu adalah yang paling keji di antara para pendosa. Dan Tuhan menganggap patut dalam belas kasihan-Nya yang tidak terhingga untuk membiarkan mereka hidup; walaupun demikian mereka menderita banyak kepedihan jiwa kerana kederhakaan mereka, menderita banyak dan merasa takut bahawa mereka akan disingkirkan selamanya.
5 Dan terjadilah bahawa mereka merayu kepada ayah mereka berhari-hari agar mereka boleh pergi ke negeri Nefi.
6 Dan raja Mosia pergi dan bertanya kepada Tuhan sama ada dia mesti membiarkan para puteranya pergi ke kalangan bangsa Laman untuk mengkhutbahkan firman.
7 Dan Tuhan berfirman kepada Mosia: Biarlah mereka pergi, kerana ramai orang akan percaya pada perkataan-perkataan mereka, dan mereka akan memperoleh kehidupan abadi; dan Aku akan membebaskan para puteramu daripada tangan bangsa Laman.
8 Dan terjadilah bahawa Mosia mengabulkan bahawa mereka boleh pergi dan melakukan menurut permintaan mereka.
9 Dan mereka mengadakan perjalanan mereka ke padang belantara untuk pergi mengkhutbahkan firman ke kalangan bangsa Laman; dan aku akan memberikan sebuah laporan tentang urusan-urusan mereka selepas ini.
10 Sekarang, raja Mosia tiada seorang pun kepada siapa dia dapat menganugerahkan kerajaan, kerana tiada seorang pun daripada para puteranya yang mahu menerima kerajaan itu.
11 Oleh kerana itu dia mengambil catatan-catatan yang terukir di atas kepingan-kepingan loyang, dan juga kepingan-kepingan Nefi, dan segala sesuatu yang telah dia simpan dan pelihara menurut perintah-perintah Tuhan, setelah menterjemahkan dan menyuruh dituliskan catatan-catatan yang ada di atas kepingan-kepingan emas yang telah ditemukan oleh rakyat Limhi, yang telah diserahkan kepadanya oleh tangan Limhi;
12 Dan ini dia lakukan kerana kegelisahan besar rakyatnya; kerana mereka berhasrat teramat sangat untuk mengetahui berkenaan bangsa itu yang telah dihancurkan.
13 Dan sekarang, dia menterjemahkannya melalui sarana dua biji batu itu yang diikatkan ke dalam dua pinggiran sebuah bingkai.
14 Sekarang, benda-benda ini dipersiapkan sejak awal, dan diturunkan dari generasi ke generasi, untuk tujuan mentafsirkan bahasa-bahasa;
15 Dan ia telah dipelihara dan dilindungi oleh tangan Tuhan, agar Dia akan menyingkapkan kepada setiap makhluk yang akan menguasai negeri ini, kederhakaan dan kekejian umat-Nya;
16 Dan barang siapa memiliki benda-benda ini disebut pelihat, menurut cara zaman kuno.
17 Sekarang, setelah Mosia selesai menterjemahkan catatan-catatan ini, lihatlah, ianya memberikan sebuah laporan tentang bangsa yang dihancurkan, sejak waktu ketika mereka dihancurkan balik sampai pembinaan menara besar itu, pada waktu Tuhan mencelarukan bahasa orang itu dan mereka tercerai-berai secara luas ke atas permukaan seluruh bumi, ya, bahkan sejak waktu itu balik sampai penciptaan Adam.
18 Sekarang, laporan ini menyebabkan rakyat Mosia amat berduka nestapa, ya, mereka dipenuhi dengan dukacita; walaupun demikian ia memberikan mereka banyak pengetahuan, yang di dalamnya mereka bersukacita.
19 Dan laporan ini akan dituliskan selepas ini; kerana lihatlah, adalah arif bahawa semua orang hendaknya mengetahui apa yang dituliskan dalam laporan ini.
20 Dan sekarang, seperti yang aku katakan kepadamu, bahawa setelah raja Mosia melakukan hal-hal ini, dia mengambil kepingan-kepingan loyang, dan semua benda yang telah dia simpan, dan menganugerahkannya kepada Alma, yang adalah anak lelaki Alma; ya, semua catatan, dan juga alat-alat tafsir, dan menganugerahkannya kepadanya, dan memerintahkan dia agar dia hendaknya memelihara dan melindunginya, dan juga menyimpan sebuah catatan tentang bangsa itu, menurunkannya dari satu generasi ke yang lain, bahkan sebagaimana telah diturunkan sejak waktu Lehi meninggalkan Yerusalem.