Bab 8
Amon mengajar rakyat Limhi—Dia mendapat tahu tentang dua puluh empat kepingan orang Yared itu—Catatan-catatan kuno dapat diterjemahkan oleh para pelihat—Tiada kurnia yang lebih besar daripada menjadi seorang pelihat. Kira-kira 121 tahun S.M.
1 Dan terjadilah bahawa setelah raja Limhi mengakhiri berucap kepada rakyatnya, kerana dia mengucapkan banyak hal kepada mereka dan hanya sedikit daripadanya telah aku tuliskan dalam kitab ini, dia memberitahu rakyatnya segala hal berkenaan saudara-saudara mereka yang berada di negeri Zarahemla.
2 Dan dia menyuruh agar Amon hendaknya berdiri di hadapan khalayak ramai, dan menceritakan kembali kepada mereka segala yang telah terjadi kepada saudara-saudara mereka sejak waktu Zenif keluar dari negeri itu bahkan sampai waktu dia sendiri keluar dari negeri itu.
3 Dan dia juga menceritakan kembali kepada mereka perkataan-perkataan terakhir yang telah raja Benyamin ajarkan kepada mereka, dan menjelaskannya kepada rakyat raja Limhi, supaya mereka boleh memahami segala perkataan yang dia ucapkan.
4 Dan terjadilah bahawa setelah dia melakukan semua ini, maka raja Limhi membubarkan khalayak ramai, dan menyuruh agar mereka hendaknya kembali setiap orang ke rumahnya sendiri.
5 Dan terjadilah bahawa dia menyuruh agar kepingan-kepingan yang mempunyai catatan tentang bangsanya sejak waktu mereka meninggalkan negeri Zarahemla, hendaknya dibawa ke hadapan Amon, agar dia boleh membacanya.
6 Sekarang, segera setelah Amon membaca catatan itu, raja bertanya kepadanya untuk mengetahui adakah dia dapat mentafsirkan bahasa-bahasa, dan Amon memberitahunya bahawa dia tidak dapat.
7 Dan raja bersabda kepadanya: Dipilukan oleh kesengsaraan rakyatku, aku menyuruh agar empat puluh dan tiga orangku hendaknya mengadakan perjalanan ke padang belantara, agar dengan demikian mereka boleh menemukan negeri Zarahemla, agar kami boleh memohon kepada saudara-saudara kami untuk membebaskan kami keluar daripada perhambaan.
8 Dan mereka tersesat di padang belantara untuk jangka masa berhari-hari, namun mereka tekun, dan tidak menemukan negeri Zarahemla tetapi kembali ke negeri ini, setelah melakukan perjalanan di suatu negeri di tengah-tengah banyak perairan, setelah menemukan negeri yang diliputi dengan tulang-tulang daripada manusia, dan daripada binatang, dan juga diliputi dengan reruntuhan bangunan daripada setiap jenis, setelah menemukan negeri yang telah didiami oleh suatu bangsa yang sebanyak khalayak Israel.
9 Dan sebagai kesaksian bahawa apa yang telah mereka katakan adalah benar mereka telah membawa dua puluh empat kepingan yang diisi dengan ukiran, dan ianya adalah daripada emas tulen.
10 Dan lihatlah, juga, mereka telah membawa perisai-perisai dada, yang adalah besar, dan ianya adalah daripada loyang dan daripada tembaga, dan dalam keadaan sempurna.
11 Dan lagi, mereka telah membawa pedang-pedang, yang hulunya telah musnah, dan mata pedangnya dikakis oleh karat; dan tidak ada seorang pun di negeri itu yang boleh mentafsirkan bahasa atau ukiran yang ada di atas kepingan-kepingan itu. Oleh kerana itu aku berkata kepadamu: Dapatkah engkau menterjemah?
12 Dan aku berkata kepadamu lagi: Kenalkah engkau sesiapa pun yang dapat menterjemah? Kerana aku berhasrat agar catatan-catatan ini hendaknya diterjemahkan ke dalam bahasa kami; kerana, barangkali, ianya akan memberi kami suatu pengetahuan tentang keturunan bangsa itu yang selebihnya yang telah dihancurkan, dari mana catatan-catatan ini datang; atau, barangkali, ianya akan memberikan kami suatu pengetahuan tentang bahkan bangsa ini yang telah dihancurkan; dan aku berhasrat untuk mengetahui sebab penghancuran mereka.
13 Sekarang, Amon berkata kepadanya: Aku dapat dengan pasti memberitahu kamu, Wahai raja, tentang seseorang yang dapat menterjemahkan catatan-catatan ini; kerana dia memiliki sesuatu yang dengannya dia dapat melihat, dan menterjemahkan semua catatan yang berasal dari zaman kuno; dan hal ini adalah kurnia daripada Tuhan. Dan benda-benda itu dipanggil alat-alat tafsir, dan tiada seorang pun dapat melihat ke dalamnya kecuali dia diperintahkan, jangan-jangan dia akan mencari itu yang seharusnya dia tidak cari dan dia akan binasa. Dan barang siapa diperintahkan untuk melihat ke dalamnya, orang yang sama dipanggil pelihat.
14 Dan lihatlah, raja bangsa itu yang berada di negeri Zarahemla adalah lelaki yang diperintahkan untuk melakukan hal-hal ini, dan yang memiliki kurnia yang tinggi ini daripada Tuhan.
15 Dan raja itu berkata bahawa seorang pelihat adalah lebih besar daripada seorang nabi.
16 Dan Amon berkata bahawa seorang pelihat adalah seorang pewahyu dan seorang nabi juga; dan kurnia yang lebih besar tiada seorang pun dapat miliki, kecuali dia akan memiliki kuasa daripada Tuhan, yang tiada seorang pun dapat; namun seorang manusia boleh memiliki kuasa yang besar diberikan kepadanya daripada Tuhan.
17 Tetapi seorang pelihat dapat mengetahui tentang hal yang telah berlalu, dan juga tentang hal yang akan datang, dan oleh dia akanlah segalanya diungkapkan, atau, lebih tepat, akanlah hal-hal yang rahsia dijadikan nyata, dan apa yang tersembunyi akan datang ke dalam cahaya, apa yang tidak diketahui akan disingkapkan oleh dia, dan juga hal-hal akan disingkapkan oleh dia yang dengan cara lain tidak dapat diketahui.
18 Demikianlah Tuhan telah menyediakan suatu cara agar manusia, melalui iman, boleh mengerjakan mukjizat-mukjizat menakjubkan; oleh kerana itu dia menjadi manfaat yang besar bagi sesama manusianya.
19 Dan sekarang, ketika Amon telah mengakhiri mengucapkan kata-kata ini raja amat bersukacita, dan bersyukur kepada Tuhan, mengatakan: Pasti suatu misteri besar terkandung dalam kepingan-kepingan ini, dan alat-alat tafsir ini sudah pasti dipersiapkan untuk tujuan membukakan segala misteri seperti itu kepada anak-anak manusia.
20 Ya betapa menakjubkannya kerja-kerja Tuhan, dan betapa lamanya Dia tahan dengan umat-Nya; ya, dan betapa buta dan tidak dapat ditembusinya pengertian anak-anak manusia; kerana mereka tidak mahu mencari kebijaksanaan, tidak juga mereka berhasrat bahawa ia akan berkuasa atas diri mereka!
21 Ya, mereka bagaikan sekawanan ternak liar yang melarikan diri dari gembalanya, dan tercerai-berai, dan dihalau, dan dilahap oleh binatang dari hutan.