5. Missouri, Illinois, dan Iowa Kawasan Amerika Syarikat
-
Independence Dikenali sebagai pusat Sion (lihat A&P 57:3) Sebuah tempat bait suci dibaktikan pada 3 Ogos 1831. Para Orang Suci di usir dari Jackson County pada 1833.
-
Sungai Fishing Joseph Smith dan Perkhemahan Sion melakukan perjalanan dari Kirtland, Ohio, ke Missouri pada 1834 untuk mengembalikan para Orang Suci Jackson County ke tanah mereka. A&P 105 diwahyukan di tepi sungai ini.
-
Far West Ini adalah tempat tinggal Mormon yang terbesar di Missouri. Satu tempat bagi sebuah bait suci telah dibakti di sini (lihat A&P 115). Pada 8 Julai 1838, Kuorum Dua Belas Rasul menerima panggilan daripada Tuhan untuk melayani misi di Kepulauan Britain (lihat A&P 118).
-
Adam-ondi-Ahman Tuhan mengenalpasti tempat ini di bahagian atas Missouri sebagai tempat dimana perhimpunan besar pada masa depan akan berlaku apabila Yesus Kristus datang bertemu Adam dan keturunan solehnya (lihat A&P 78:15; 107:53–57; 116).
-
Penjara Liberty Joseph Smith dan yang lain dipenjara dengen tidak adil di sini dari Disember 1838 hingga April 1839. Di tengah-tengah masa kesusahan Gereja, Joseph memanggil kepada Tuhan untuk arahan dan menerima A&P 121–123.
-
Nauvoo Ditempatkan di Sungai Mississippi, kawasan ini adalah tempat pengumpulan bagi para Orang Suci dari 1839 hingga 1846. Satu bait suci di bina di sini, dan tatacara-tatacara seperti pembaptisan bagi orang mati, anugerahan, dan pemeteraian pasangan bermula. Lembaga Pertolongan telah diorganisasikan di sini pada 1842. Wahyu-wahyu yang diterima termasuklah A&P 124–129.
-
Carthage Di sini, Nabi Joseph Smith dan abangnya Hyrum telah mati syahid pada 27 Jun 1844 (lihat A&P 135).
-
Winter Quarters Tempat tinggal sementara yang terbesar bagi para Orang Suci (1846–1848) dalam perjalanan ke Lembah Salt Lake. Perkhemahan Israel diorganisasikan untuk perjalanan ke barat. (lihat A&P 136).
-
Council Bluffs (Kanesville) Presidensi Utama disokong di sini pada 27 Disember 1847, dengan Brigham Young sebagai Presiden.