Sebuah Salinan dari Kitab Abraham No. 3 Penjelasan Gmbr. 1. Abraham duduk di atas takhta Firaun, kerana budi bahasa raja, dengan sebuah mahkota di atas kepalanya, melambangkan Imamat, sebagai lambang Presidensi utama di dalam Syurga; dengan cokmar keadilan dan penghakiman dalam tangannya. Gmbr. 2. Raja Firaun, yang namanya diberikan melalui huruf-huruf di atas kepalanya. Gmbr. 3. Menandakan Abraham di Mesir sebagaimana yang ditunjukkan pada Gambar 10 dari Salinan No. 1. Gmbr. 4. Putera Firaun, Raja Mesir, seperti yang tertulis di atas tangan. Gmbr. 5. Sulem, salah seorang daripada pelayan utama raja, sebagaimana dilambangkan oleh huruf-huruf di atas tangannya. Gmbr. 6. Olimla, seorang hamba kepunyaan putera itu. Abraham sedang berbincang tentang asas-asas Astronomi, di dalam istana raja.