Bab 2
(Jun–Oktober 1830)
Tuhan menciptakan langit dan bumi—Segala bentuk kehidupan diciptakan—Tuhan menjadikan manusia dan memberinya kekuasaan ke atas semua yang lain.
1 Dan terjadilah bahawa Tuhan berfirman kepada Musa, memfirmankan: Lihatlah, Aku mewahyukan kepadamu mengenai semesta ini, dan bumi ini; tulislah firman-firman yang Aku firmankan. Akulah Yang Awal dan Yang Akhir, Tuhan Yang Maha Kuasa; melalui Anak Tunggal-Ku Aku menciptakan hal-hal ini; ya, pada permulaannya Aku menciptakan langit, dan bumi yang di sedang engkau berdiri di atasnya.
2 Dan bumi tanpa bentuk, dan kosong; dan Aku menyebabkan kegelapan datang ke atas permukaan laut dalam; dan Roh-Ku bergerak melayang di atas permukaan air; kerana Akulah Tuhan.
3 Dan Aku, Tuhan, berfirman: Biarlah adanya cahaya; dan terjadilah cahaya.
4 Dan Aku, Tuhan, melihat cahaya itu; dan cahaya itu baik. Dan Aku, Tuhan, memisahkan cahaya itu dari kegelapan.
5 Dan Aku, Tuhan, memanggil cahaya itu Siang; dan kegelapan itu, Aku panggil Malam; dan ini Aku lakukan melalui kuasa firman-Ku, dan ia dilakukan menurut firman-Ku; dan petang dan pagi itu adalah hari yang pertama.
6 Dan lagi, Aku, Tuhan, berfirman: Biarlah adanya kubah di tengah air, dan terjadilah demikian, bahkan seperti yang Aku firmankan; dan Aku berfirman: Biarlah ia memisahkan perairan dari perairan; dan itulah yang terjadi;
7 Dan Aku, Tuhan, menjadikan kubah itu dan memisahkan perairan, ya, perairan yang besar di bawah kubah dari perairan yang berada di atas kubah, dan demikianlah terjadinya bahkan seperti yang Aku firmankan.
8 Dan Aku, Tuhan, memanggil kubah itu Langit; dan petang dan pagi itu adalah hari yang kedua.
9 Dan Aku, Tuhan, berfirman: Biarlah perairan di bawah langit dikumpulkan bersama ke suatu tempat, dan terjadilah demikian; dan Aku, Tuhan, berfirman: Biarlah adanya tanah kering; dan terjadilah demikian.
10 Dan Aku, Tuhan, memanggil tanah kering itu Daratan; dan bagi perairan yang dikumpulkan itu, Aku panggil Lautan; dan Aku, Tuhan, melihat bahawa segala hal yang Aku telah jadikan adalah baik.
11 Dan Aku, Tuhan, berfirman: Biarlah tanah menghasilkan rumput, tanaman menghasilkan benih, pokok buah menghasilkan buah, menurut jenisnya, dan pokok menghasilkan buah, di mana benihnya akan berada di dalam tanah di atas bumi, dan terjadilah demikian bahkan seperti yang Aku firmankan.
12 Dan bumi menghasilkan rumput, setiap tanaman menghasilkan benih menurut jenisnya, dan pokok menghasilkan buah, di mana benihnya akan berada di dalamnya, menurut jenisnya; dan Aku, Tuhan, melihat bahawa segala yang telah Aku ciptakan adalah baik;
13 Dan petang dan pagi itu adalah hari yang ketiga.
14 Dan Aku, Tuhan, berfirman: Biarlah adanya cahaya di ruang langit, untuk memisahkan siang dari malam, dan biarlah mereka menjadi tanda-tanda, dan juga musim, dan juga hari, dan juga tahun;
15 Dan biarlah mereka menjadi cahaya di ruang langit untuk memberikan cahaya ke atas bumi; dan terjadilah demikian.
16 Dan Aku, Tuhan, menciptakan dua cahaya yang besar; cahaya yang lebih besar untuk menguasai siang hari, dan cahaya yang lebih kecil untuk menguasai malam, dan cahaya yang lebih besar adalah matahari, dan cahaya yang lebih kecil adalah bulan; bintang-bintang juga diciptakan bahkan menurut firman-Ku.
17 Dan Aku, Tuhan, menempatkan mereka di ruang langit untuk memberikan cahaya ke atas bumi,
18 Dan matahari untuk menguasai siang hari, dan bulan untuk menguasai malam, dan untuk memisahkan cahaya dari kegelapan; dan Aku, Tuhan, melihat bahawa segala yang telah Aku ciptakan adalah baik;
19 Dan petang dan pagi itu adalah hari yang keempat.
20 Dan Aku, Tuhan, berfirman: Biarlah perairan itu menghasilkan dengan banyaknya makhluk bergerak yang hidup, dan burung yang boleh berterbangan di atas bumi di ruangan langit yang terbuka.
21 Dan Aku, Tuhan, menciptakan ikan-ikan paus yang besar, dan setiap makhluk hidup yang bergerak, yang dihasilkan dari perairan dengan banyaknya, menurut jenis mereka, dan setiap burung bersayap menurut jenisnya; dan Aku, Tuhan, melihat bahawa segala yang telah Aku ciptakan adalah baik.
22 Dan Aku, Tuhan, memberkati mereka, memfirmankan: Berbuahlah, dan beranaklah, dan penuhilah air di dalam lautan; dan biarlah burung membiak di bumi.
23 Dan petang dan pagi itu adalah hari yang kelima.
24 Dan Aku, Tuhan, berfirman: Biarlah bumi menghasilkan makhluk hidup menurut jenisnya, haiwan ternakan, dan makhluk yang merayap, binatang-binatang menurut jenis mereka, dan terjadilah demikian;
25 Dan Aku, Tuhan, menjadikan binatang-binatang di bumi menurut jenis mereka, dan haiwan ternakan menurut jenis mereka, dan setiap makhluk yang merayap di atas bumi menurut jenisnya; dan Aku, Tuhan, melihat bahawa segalanya ini adalah baik.
26 Dan Aku, Tuhan, berfirman kepada Anak Tunggal-Ku, yang bersama-Ku dari permulaan: Biarlah kita menjadikan manusia menurut rupa kita, menurut kemiripan kita; dan terjadilah demikian. Dan Aku, Tuhan, berfirman: Biarlah mereka memiliki kekuasaan ke atas ikan-ikan di laut, dan ke atas burung di udara, dan ke atas haiwan ternakan, dan ke atas seluruh bumi, dan ke atas setiap makhluk merayap yang merayap di atas bumi.
27 Dan Aku, Tuhan, menciptakan manusia menurut rupa-Ku sendiri, menurut Anak Tunggal-Ku Aku menciptakannya; lelaki dan perempuan telah Aku ciptakan mereka.
28 Dan Aku, Tuhan, memberkati mereka, dan berfirman kepada mereka: Berbuahlah, dan beranaklah, dan penuhilah bumi, dan tundukkanlah ia, dan milikilah kekuasaan ke atas setiap makhluk hidup yang bergerak di atas bumi.
29 Dan Aku, Tuhan, berfirman kepada manusia: Lihatlah, Aku telah memberikanmu setiap tanaman menghasilkan benih, yang ada di atas permukaan seluruh bumi, dan setiap pokok yang mana di dalamnya akan menjadi buah pokok yang menghasilkan benih; bagimu itu akan dijadikan makanan.
30 Dan bagi setiap binatang di bumi, dan bagi setiap burung di udara, dan bagi setiap makhluk yang merayap di atas bumi, di mana Aku telah memberikan kehidupan, akan diberikan setiap tanaman yang bersih untuk makanan; dan terjadilah demikian, bahkan seperti yang Aku firmankan.
31 Dan Aku, Tuhan, melihat setiap hal yang Aku telah ciptakan, dan, lihatlah, segala yang telah Aku jadikan adalah sangat baik; dan petang dan pagi itu adalah hari yang keenam.