Ya Tuhan, Bapa Yang Abadi, kami mohon kepada-Mu dalam nama Putera-Mu, Yesus Kristus, untuk memberkati dan menguduskan roti ini bagi jiwa mereka semua yang mengambilnya, agar mereka boleh makan sebagai peringatan akan tubuh Putera-Mu, dan bersaksi kepada-Mu, Ya Tuhan, Bapa Yang Abadi, bahawa mereka bersedia mengambil ke atas diri mereka nama Putera-Mu, dan selalu mengingati-Nya, dan taat kepada perintah-perintah-Nya yang telah Dia berikan kepada mereka; agar mereka boleh selalu memiliki Roh-Nya bersama mereka. Amin.