“Nama Gereja-Nya,” Untuk Kekuatan Remaja, Okt. 2021.
Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Oktober 2021
Nama Gereja-Nya
Terdapat makna di belakang nama yang Yesus Kristus memberikan Gereja-Nya.
gereja-Ku
Gereja—sekumpulan orang yang mempercayai hal-hal yang sama dan menyembah bersama. Gereja ini kepunyaan Yesus Kristus. Dia memulakannya. Dia memimpinnya. Ia ialah kepunyaan-Nya.
dipanggil
Yesus Kristus telah memberitahu kita apa yang Dia ingin orang-orang memanggil Gereja-Nya. Jadi itulah yang harus kita panggilnya—dan apa yang kita harus meminta orang lain untuk memanggilnya. Nama ini datang daripada Yesus Kristus.
hari-hari terakhir
Zaman akhir—masa kita hidup; masa sebelum Kedatangan Kedua Yesus Kristus. Yesus Kristus telah membawa Gereja-Nya kembali ke bumi untuk kali terakhir ini. Ia akan membantu menyediakan dunia untuk Kedatangan Kedua-Nya.
Gereja Yesus Kristus
(Lihat “gereja-Ku.”) Ini ialah bahagian pertama yang Juruselamat memberikan Gereja-Nya. Dia memanggilnya “Gereja” kerana Dia mengaturnya. Dan Dia telah meletakkan nama-Nya di atasnya.
Zaman Akhir
(Lihat “hari-hari terakhir.”) Ini ialah bahagian seterusnya nama Gereja. Ia menunjukkan bahawa inilah Gereja yang Dia bawa kembali pada zaman ini, bukan yang Dia mulakan pada masa dahulu.
Orang Suci
Orang Suci—perkataan yang bererti “orang yang kudus.” Ini ialah bahagian terakhir nama Gereja. Ia merujuk kepada ahli-ahli Gereja. Yesus Kristus boleh membuat kita bersih dan murni. Dan Dia memberi kita Roh Kudus untuk memperkuatkan kita semasa kita cuba melakukan apa yang Dia telah perintahkan. Jika kita beriman kepada-Nya dan terus mencuba, Dia menjadikan kita kudus. Dia menjadikan kita Orang Suci.
© 2021 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly For the Strength of Youth Message, October 2021. Malay. 17474 348