“Joseph Smith dan Perkahwinan Jamak,” Topik Sejarah Gereja
“Joseph Smith dan Perkahwinan Jamak”
Joseph Smith dan Perkahwinan Jamak
Orang Suci Zaman Akhir percaya akan monogami—perkahwinan antara satu lelaki dan satu perempuan—ialah hukum Tuhan berkenaan perkahwinan.1 Pada zaman Alkitab, Tuhan mengarahkan beberapa umat-Nya untuk mengamalkan perkahwinan jamak—perkahwinan di antara seorang lelaki dan lebih daripada seorang wanita.2 Beberapa ahli awal Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir juga menerima dan mematuhi perintah ini yang diberikan melalui nabi-nabi Tuhan.
Setelah menerima wahyu yang memerintahkan dia untuk mengamalkan perkahwinan jamak, Joseph Smith mengahwini beberapa orang isteri dan memperkenalkan amalan itu kepada teman-teman rapat. Asas ini merupakan salah satu aspek Pemulihan yang paling mencabar—secara peribadinya bagi Joseph dan juga ahli-ahli Gereja lain. Perkahwinan jamak menguji keimanan dan mencetus kontroversi dan tentangan. Tidak ramai Orang Suci Zaman Akhir yang mengalukan pemulihan amalan Alkitab ini yang amat asing bagi mereka. Namun ramai bersaksi tentang pengalaman rohani kuat yang telah membantu mereka mengatasi keraguan dan memberi keberanian untuk menerima amalan ini.
Banyak butiran berkenaan amalan perkahwinan jamak awal tidak diketahui kerana pengamal-pengamal diminta untuk merahsiakannya. Maka catatan sejarah awal perkahwinan jamak amat sedikit: hanya beberapa catatan pada ketika itu yang memberi butiran, dan ingatan kerap kali tidak begitu membantu. Orang Suci menceritakan beberapa cerita penting berkaitan dengan amalan perkahwinan jamak oleh Joseph Smith dan Orang Suci Zaman Akhir awal yang lain. Untuk maklumat lanjut berkenaan perkahwinan jamak awal, lihat “Plural Marriage in The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints,” Gospel Topics Essays, topics.lds.org.
Topik Berkaitan: Joseph Smith Jr., Emma Hale Smith, Fanny Alger, Nauvoo Expositor