2011
Segi Bagus dari Gigitan Anjing
Mac 2011


Remaja

Segi Bagus dari Gigitan Anjing

Dalam musim panas 2009, saya digigit di muka saya oleh anjing kawan saya. Malangnya, gigitan itu memotong bibir saya, dan saya kena menerima jahitan.

Selepas kecederaan itu, saya sangat bersedih. Saya membiarkan kesusahan mengambil alih fikiran-fikiran saya, dan saya merasa seperti semua kehidupan saya telah dihancurkan. Saya malu akan bibir saya dan tidak mahu keluar di tempat awam, biar di mana pun. Dalam fikiran saya, rancangan saya untuk piano, bola tampar, gereja, renang, dan sekolah semua direnyukkan oleh kecederaan saya.

Tetapi bila-bila saya berdoa, menerima berkat kepaderian, bercakap dengan ibu bapa, atau dilawati oleh keluarga dan kawan saya, semangat saya diangkat dan saya merasa kegembiraan pada waktu yang penuh kesedihan. Saya tidak lama menyedari bahawa jika orang-orang fikir akan kecederaan saya, mereka sedang merasa belas kasihan.

Pengalaman ini menolong saya membina diri saya, dan saya belajar supaya tidak begitu risau apa yang orang lain fikir akan saya. Saya juga diberkati kerana kecederaan saya menolong saya menyedari bahawa saya harus berfikir kurang akan diri saya dan mulai mengambil lebih berat akan orang lain. Jiwa saya diperkuatkan dengan amat sangat pada masa ini.

Saya belajar bahawa kesusahan adalah sebahagian dari rancangan Bapa di Syurga untuk kita. Jika kita mencari yang baik, bukan yang buruk, kita dapat mengatasi kesusahan, menjadi orang lebih baik, dan membiarkan pengalamannya memperkuatkan kesaksian kita.

Cetak