Mesej Pengajaran Berkunjung, Mac 2011
Di bawah Kepaderian dan menurut Pola Kepaderian
Pelajarilah pesanan ini dan, sebagaimana sesuai, berbicara mengenainya dengan saudari-saudari yang anda kunjungi. Gunakanlah soalan-soalan yang diberikan untuk menolong anda menguatkan para saudari yang anda ajar dan juga untuk membuat Lembaga Pertolongan suatu bahagian yang giat dalam kehidupan anda.
Saudari-saudari yang kukasihi, betapa kita telah diberkati! Bukan sahaja kita ahli Gereja, kita juga ahli Lembaga Pertolongan—“pertubuhan Tuhan bagi wanita.”1 Lembaga Pertolongan adalah bukti kasih Tuhan untuk anak-anak perempuan-Nya.
Tidakkah hati anda berdebar ketika anda mengingat permulaan pertubuhan ini yang mengujakan? Pada Mac 17, 1842, Nabi Joseph Smith menubuhkan para saudari “di bawah kepaderian menurut pola kepaderian.”2
Kerana ditubuhkan “di bawah kepaderian” maka para saudari ada kewenangan dan arahan. Eliza R. Snow, presiden umum kedua Lembaga Pertolongan, mengajar bahawa Lembaga Pertolongan “tidak dapat wujud tanpa Kepaderian, dari kenyataan bahawa semua kewenangannya dan pengaruhnya berasal dari sumber itu.”3 Elder Dallin H. Oaks dari Kuorum Dua Belas Rasul menerangkan, “Kewenangan yang patut digunakan oleh pegawai dan pengajar dari Lembaga Pertolongan … adalah kewenangan yang akan mengalir kepada mereka melalui sambungan pertubuhan itu dengan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir dan melalui penahbisan masing-masing mereka di bawah tangan pemimpin imamat oleh siapa mereka dipanggil.”4
Untuk ditubuhkan “menurut pola kepaderian” memberikan para saudari tangungjawab yang kudus. Julie B. Beck, presiden umum Lembaga Pertolongan, menerangkan: “Kita beroperasi menurut cara kepaderian—maksudya kita mencari, menerima, dan bertindak menurut wahyu; membuat keputusan sebagai majlis; dan melibatkan diri kita dengan mengambil berat akan individu-individu satu demi satu. Kitalah yang mempunyai tujuan kepaderian untuk menyediakan diri kita untuk berkat-berkat kehidupan kekal dengan membuat dan menepati perjanjian kudus. Oleh kerana itu, seperti saudara-saudara kita yang memegang kepaderian, perkerjaan kita adalah perkerjaan keselamatan, pelayanan, dan menjadi sekumpulan orang yang suci.”5
Barbara Thompson, penasihat kedua di dalam umum Lembaga Pertolongan.
Dari Tulisan Suci
Dari Sejarah Kita
Ketika pembinaan Bait Suci Nauvoo, sekumpulan saudari ingin mengatur untuk menyokong usaha pembinaan. Eliza R. Snow menulis undang-undang kecil untuk kumpulan baru ini. Apabila dia menunjukkannya kepada Nabi Joseph, dia membalas: “Beritahu para saudari bahawa korban mereka diterima Tuhan, dan bahawa Dia ada sesuatu lebih baik untuk mereka. … Saya akan mengorganisasikan para wanita di bawah kepaderian dan menurut pola kepaderian.”6 Tidak lama setelah itu, Nabi memberitahu Lembaga Pertolongan yang baru ditubuhkan: “Saya sekarang menyerahkan kunci kepadamu dalam nama Tuhan, dan Pertubuhan ini akan berasa girang, dan pengetahuan dan kecerdasan akan mengalir dari masa ini.”7 Para saudari diharapkan untuk naik ke tahap kesucian baru dan bersedia untuk tatacara-tatacara kepaderian yang dengan masa yang singkat akan dijalankan di bait suci.
© 2011 by Intellectual Reserve, Inc. Hak Cipta Terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/10. Kelulusan Terjemahan: 6/10. Terjemahan Visiting Teaching Message, March 2011. Malay. 09763 348