Pesanan Presidensi Utama, Mac 2011
Mencari yang Baik
Ketika mencari rumah baru, sepasang suami isteri Orang Suci Zaman Akhir yang muda berbincang dengan orang yang berpotensi menjadi jiran mereka tentang kejiranan itu dan sekolah-sekolah di kawasan itu.
Salah satu wanita yang berbincang dengan mereka mengatakan bahawa sekolah yang anak-anaknya sedang hadir: “tempat yang terunggul! Pengetua sekolah hebat dan seorang yang baik; guru-guru berkelulusan, baik hati, dan ramah-tamah. Saya begitu gembira bahawa anak-anak kami dapat menghadiri sekolah yang hebat ini. Anda akan menyayanginya!”
Seorang wanita yang lain mengatakan mengenai sekolah anak-anaknya: “Ia tempat yang teruk betul. Pengetua mementingkan diri; guru-guru tidak layak, biadab, dan tidak ramah. Sekiranya saya mampu berpindah keluar dari kawasan ini, saya akan pindah dalam sekelip mata!”
Hal yang menarik adalah bahawa kedua-dua wanita itu bercakap mengenai pengetua sekolah yang sama, guru-guru yang, dan sekolah yang sama.
Pernahkah anda perasan bahawa orang-orang dapat menemukan apa-apa sahaja yang mereka mencari? Jika menatap cukup lama anda akan menjumpai baik mahupun jahat dalam hampir semua orang dan segala hal. Orang telah melakukan yang sama dengan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir semenjak permulaannya. Mereka yang mencari yang baik akan menemukan sekumpulan orang yang baik hati dan berbelas kasihan – sekumpulan orang yang menyayangi Tuhan dan ingin melayani Dia dan memberkati kehidupan sesama mereka. Tetapi juga benar bahawa mereka yang mencari yang buruk dengan pasti akan menemukan perkara yang kurang ideal.
Malangnya, ada masa apabila ini pun terjadi bahkan di dalam Gereja. Tidak ada kehabisan daya cipta, kepintaran, dan ketabahan mereka yang mencari sebab untuk mengkritik. Mereka kelihatannya tidak dapat melepaskan genggaman dendam mereka. Mereka mengumpat dan mencari salah dengan orang lain. Mereka menyimpan perasaan sakit hati mereka selama dekad-dekad, mengambil setiap kesempatan untuk menghinakan serta merendahkan maruah orang lain. Ini tidak memuaskan kepada Tuhan, “sebab di mana ada iri hati dan kekacauan, ada juga kekeliruan dan setiap perbuatan jahat” (Yakobus 3:16).
Presiden George Q. Cannon (1827–1901) mengenali Presiden Brigham Young (1801–77) dengan baik, kerana bekerja rapat bersama dia selama tahun-tahun, dua-duanya sebagai ahli Kuorum Dua belas Rasul dan sebagai penasihatnya dalam Presidensi Utama. Setelah kewafatan Presiden Young, Presiden Cannon menulis di dalam buku hariannya: “Saya tidak pernah mengkritik atau mencari salah dengan kelakuan [Presiden Young], nasihatnya pengajarannya pada bila-bila masa di dalam hati saya, bahkan di dalam kata-kata atau tindakan saya. Ini adalah kenikmatan bagi saya sekarang. Fikiran yang selalunya bersama saya: Sekiranya saya mengkritik atau mencari salah dengan, atau menghukumkan Saudara Brigham, berapa jauh akan saya pergi? Jika saya mula, di manakah akan saya berhenti? Saya tidak berani memercayai diri di dalam jalan yang demikian. Saya tahu bahawa kemurtadan datang sebagai akibat menurutkan hati dalam semangat mengkritik dan mencari salah. Orang yang lain, yang lebih kuat, bijak, dan berpengalaman daripada saya, mungkin melakukan banyak perkara dan melepaskan diri dari akibat jahat. Saya tidak berani melakukan perkara yang demikian.”1
Nasihat Presiden Cannon yang berkuasa adalah sesuatu yang kita sebagai ahli Gereja harus pertimbangkan dengan teliti. Firman Tuhan menegurkan para pengikut Yesus untuk jadi, “suci, … pendamai, lemah lembut, senang dilayani, penuh belas kasihan, dan buah-buah yang baik, tanpa memihak, dan tanpa kemunafikan.” Bagi mereka yang menyebarkan kedamaian, “buah kesolehan disemai dalam kedamaian” (Yakobus 3:17, 18).
Kita ada pilihan. Kita dapat mencari yang salah di dalam orang lain. Atau kita dapat menyebarkan kedamaian dan bekerja untuk menawarkan kepada orang lain kefahaman, keadilan, dan pengampunan yang kita dengan begitu sungguh-sungguh ingin untuk diri kita. Ia pilihan kita; apa-apa yang kita cari, kita dengan pasti akan menemukan.
© 2011 by Intellectual Reserve, Inc. Hak Cipta Terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/10. Kelulusan Terjemahan: 6/10. Terjemahan First Presidency Message, March 2011. Malay. 09763 348