2011
Dia Tidak di Sini, Tetapi Telah Bangkit
April 2011


Pesan Presidensi Utama, April 2011

Dia Tidak di Sini, Tetapi Telah Bangkit

Hari ini hanya puing tinggal dari kota Kapernaum, bandar itu di tepi tasik, tengah-tengah pusat pengajaran Juruselamat di Galilea. Di sini Dia berkhutbah di dalam saumaah, mengajar di tepi laut, dan meyembuhkan orang di dalam rumah tangga.

Pada permulaan pengajaranNya, Yesus mengambil suatu petikan dari Yesaya: “Roh Allah ada pada-Ku, oleh kerana Tuhan telah mengurapi Aku; Ia telah mengutus Aku untuk menyampaikan khabar baik kepada orang-orang sengsara, dan merawat orang-orang yang remuk hati, untuk memberitakan pembebasan kepada orang-orang tawanan, dan kepada orang-orang yang terkurung kelepasan dari penjara” (Yesaya 61:2; lihat juga Lukas 4:18)—suatu pernyataan yang jelas mengenai rancangan ilahi unuk menyelamatkan anak-anak lekaki dan anak-anak perempuan Tuhan.

Akan tetapi, pengkhutbahan Yesus di Galilea hanyalah pendahuluan. Putera Manusia selalunya ada pertemuan yang mengerikan untuk ditepati di suatu bukit yang digelar Golgota.

Ditangkap di Taman Getsemane, selepas Perjamuan Terakhir, ditinggalkan oleh murid-muridnya, diludahi, dibicarakan di mahkamah, dan dimaki hamun, Yesus terhuyung-hayang di bawah salib-Nya yang begitu berat menunju ke Kalvari. Dia maju dari kemenangan ke pengkhianatan, penyeksaan, dan kematian di atas salib.

Di dalam kata-kata lagu “Bandar Suci”:

Adegan ditukar. …

Paginya sejuk dan dingin,

Ketika bayangan salib muncul

Di atas sebuah bukit yang sunyi.1

Untuk kitalah, Bapa kita Di Syurga memberikan Putera-Nya. Untuk kitalah Abang kita yang Sulung menyerahkan nyawa-Nya.

Pada ketika yang terakhir, Sang Ketua mungkin dapat undur balik. Tetapi Ia tidak melakukan begitu. Dia turun di bawah segala sesuatu supaya Dia dapat menyelamatkan kesemuanya: segala bangsa manusia, bumi, dan segalanya yang hidup yang pernah mendiaminya.

Tidak ada perkataan dalam kekristianan yang lebih bermakna daripada yang diucapkan oleh malaikat kepada Maria Magdalena ketika ia menangis dan Maria yang lain semasa mereka menghampiri makam untuk menjaga tubuh Juruselamat mereka: “Mengapa kamu mencari Dia yang hidup, di antara orang mati? Ia tidak ada di sini, tetapi telah bangkit” (Lukas 24:5–6).

Dengan pengumuman ini, mereka yang telah hidup dan mati, mereka yang sekarang hidup dan pada suatu hari nanti akan mati, dan mereka yang belum lahir yang belum mati telah baru saja diselamatkan.

Sebagai akibat kemenangan Kristus atas kematian, kita semua akan dibangkitkan. Ini adalah penebusan jiwa. Rasul Paulus menulis:

“Ada … tubuh selestial, dan tubuh terestrial: tetapi kemuliaan dari yang selestial adalah satu, dan kemuliaan dari yang terestial adalah satu yang lain.

“Ada satu yang berkemuliaan seperti matahari, dan satu yang lain yang berkemuliaan seperti bulan, dan satu yang lain yang berkemuliaan seperti bintang-bintang: kerana kermuliaan satu bintang berbeza dari kemuliaan satu bintang yang lain.

“Demikian juga dengan kebangkitan yang mati” (1 Korintus 15:40–42).

Kemuliaan selestial adalah kemuliaan yang kita cari. Hadirat Tuhan adalah tempat di mana kita ingin tinggal. Ia dalam keluarga kekal yang kita ingin keanggotaan.

Saya bersaksi akan Dia yang telah membebaskan setiap satu kita dari kematian yang tidak pernah berakhir. Saya bersaksi bahawa Dia ialah seorang guru kebenaran--tetapi dia lebih daripada guru. Dia ialah teladan untuk kehidupan abadi—tetapi Dia lebih daripada teladan. Dia ialah pakar perubatan yang terunggul—tetapi Dia lebih daripada pakar perubatan. Dia ialah secara harfiah Juruselamat dunia, Putera Tuhan, Pangeran Damai, Yang Kudus dari Israel, bahkan Tuhan yang bangkit, yang mengisytiharkan, “Aku yang pertama dan yang terakhir; Aku adalah Dia yang hidup; Aku adalah Dia yang dibunuh; Aku peguambelamu dengan Bapa” (A&P 110:4).

“Betapa manis kegembiraan ayat ini berikan: ‘Saya tahu Penebusku hidup!’”2

Akan ini saya bersaksi.

Catatan-Catatan

  1. Frederick E. Weatherly, “The Holy City” (1892).

  2. “I Know That My Redeemer Lives,” Hymns, no. 36.

Mengajar dari Pesanan Ini

Guru-guru yang baik menggalakkan semangat perpaduan di antara mereka yang diajar. Ketika orang berkongsi wawasan mereka dan mendengarkan satu sama lain dengan hormat, mereka tidak sahaja menikmati suasana pembelajaran yang positif tetapi juga menjadi lebih bersatu-padu (lihat Teaching, No Greater Call [1999], 63). Perpaduan akan berkembang di antara mereka yang anda ajar ketika anda dan mereka bersaksi secara penuh rasa hormat akan Korban Tebusan Yesus Kristus dan Kebangkitan-Nya. Perpaduan ini dapat membantu keluarga-keluarga mengikuti nasihat Presiden Monson untuk menjadi suatu “keluarga yang kekal.”