Pesan Pengajaran Berkunjung, AprilY 2011
Tujuan Lembaga Pertolongan
Pelajarilah pesanan ini secara penuh doa dan, sebagaimana sesuai, berbincang mengenainya dengan saudari yang anda kunjungi. Gunakan soalan-soalan yang di bawah untuk menolong menguatkan para saudari yang anda ajar dan membuat Lembaga Pertolongan sebahagian giat dalam hidup anda sendiri.
Apabila presidensi kami baru dipanggil, kami diberi beberapa sumber belajar mengenai sejarah Lembaga Pertolongan. Kami pelajarinya secara penuh doa, dengan ingin mengetahui tujuan Lembaga Pertolongan dan apa yang Tuhan ingin kami lakukan. Kami belajar bahawa tujuan Lembaga Pertolongan sebagaimana didirikan oleh Tuhan adalah untuk mengorganisasikan, mengajarkan, dan mengilhamkan para anak-anak perempuan Dia untuk mempersiapkan mereka bagi berkat-berkat kehidupan kekal.
Untuk memenuhi tujuan ini dari Lembaga Pertolongan, Tuhan telah menugasi setiap saudari dan seluruh organisasi untuk:
Meningkatkan dalam iman dan kesolehahan peribadi.
Menguatkan keluarga dan rumah tangga.
Memberikan pertolongan dengan melayani Tuhan dan anak-anak-Nya.
Kita dapat melakukan perkerjaan ini dalam cara Tuhan hanya apabila kita mencari, menerima, dan bertindak menurut wahyu peribadi. Tanpa wahyu peribadi, kita tidak dapat berjaya. Jika kita mengikuti wayhu peribadi, kita tidak dapat gagal. Nabi Nefi mengajarkan kita bahawa Roh Kudus akan memperlihatkan kepada kita “segala sesuatu yang hendaknya [kita] melakukan” (2 Nefi 32:5). Kita mesti membiarkan diri kita cukup berdiam dan cukup senyap untuk mendengar suara Roh Kudus.
Saudari-saudari, kita ada peranan yang sangat mustahak untuk dimainkan dalam menolong bina kerajaan Tuhan dan bersedia untuk kedatangan Tuhan. Hakikatnya, perkerjaan Tuhan tidak tercapai tanpa pertolongan anak-anak perempuan Dia. Oleh kerana itu, Tuhan mengharapkan kita untuk menambahkan korban kita. Dia mengharapkan kita untuk memenuhi tujuan Lembaja Pertolongan dengan lebih baik daripada masa lampau.
Julie B. Beck, presiden umum Lembaga Pertolongan.
Dari Tulisan Suci
Ulangan 6:5–7; Lukas 10:30–37; Yakobus 1:27; 2 Nefi 25:26; Mosia 3:12–13
Dari Sejarah Kita
Di suatu pertemuan Lembaga Pertolongan yang diadakan pada tanggal 9 Jun, 1842, Nabi Joseph Smith mengajarkan para saudari bahawa persatuan mereka “bukan sahaja untuk membantu yang miskin, tetapi untuk menyelamatkan jiwa-jiwa.”1 Kenyataan ini yang ada tujuan rohani mahupun duniawi, telah menggambarkan sifat Lembaga Pertolongan sepajang sejarahnya. Dalam tahun 1906 Presiden Joseph F. Smith (1838–1918) mengajarkan: “[Lembaga Pertolongan] tidak sahaja bertujuan dengan keperluan yang miskin, yang sakit, dan yang memerlukan, tetapi sebahagian dari tugasnya—dan bahagian yang lebih besar juga—adalah menjaga kebajikan rohani dan keselamatan ibu-ibu dan anak-anak perempuan dari Sion; untuk memastikan supaya tidak ada yang dilalaikan, tetapi supaya semua dijaga dari kemalangan, malapetaka, kuasa gelap, dan kejahatan yang mengancam mereka di dunia.”2 Pada 2001 Penatua M. Russell Ballard dari Kuorum Dua Belas Rasul mengulang, “Setiap saudari di dalam gereja ini yang telah mengikat perjanjian dengan Tuhan ada mandat untuk menolong menyelamatkan jiwa-jiwa, memimpin para wanita dunia, menguatkan rumah-rumah tangga Sion, dan membina kerajaan Tuhan.”3
© 2011 by Intellectual Reserve, Inc. Hak cipta terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/10. Kelulusan Terjemahan: 6/10. Terjemahan Visiting Teaching Message, April 2011. Malay. 09764 348