Pesanan Presidensi Utama, Oktober 2011
Perjanjian Yang Berharga Dari Kitab Mormon
Banyak tahun lalu saya berdiri di tepi katil seorang ayah yang muda semasa dia hampir kematian. Isteri dan dua orang anak mereka yang dukacita berdiri dekat. Ayah itu memegang tangan saya dan, dengan air muka yang merayukan, berkata, “Uskup, saya tahu saya akan mati. Beritahu saya apa yang akan berlaku kepada roh saya bila saya mati.”
Saya berdoa dengan diam-diam demi bimbingan syurgawi dan menampak pada tepi katilnya satu salinan kitab suci bergabung (Kitab Mormon, Ajaran dan Perjanjian, Mutiara Yang Berharga). Saya mencapai buku itu dan megipaskan muka surat-muka suratnya. Dengan tiba-tibanya saya berhenti pada bab 40 di Alma dalam Kitab Mormon, tanpa usaha dari pihak saya. Saya bacakan kata-kata ini kepada lelaki itu:
“Lihatlah, itu telah disingkapkan kepadaku oleh seorang malaikat, bahawa roh semua orang, sesegera mereka pergi dari tubuh fana ini, … dibawa pulang kepada Tuhan itu yang memberi mereka kehidupan.
“Dan … roh dari mereka yang soleh diterima ke dalam keadaan kebahagiaan, yang disebut firdaus, suatu keadaan istirahat, suatu keadaan damai, di mana mereka akan beristirahat dari segala kesusahan mereka dan dari segala kekuatiran, dan dukacita” (Alma 40:11–12).
Semasa saya terus membaca tentang Kebangkitan, satu sinaran muncul pada muka lelaki muda itu dan dia bersenyum. Bila saya menamatkan kunjungan saya, saya berucap selamat tinggal kepada keluarga yang manis ini.
Saya nampak isteri dan kanak-kanakNya pada penguburannya kemudian. Saya mengingat pada malam itu bila lelaki muda itu merayu demi kebenaran dan, dari Kitab Mormon, dia mendapat jawapan kepada soalannya.
Dalam Kitab Mormon adanya perjanjian lain yang berharga, termasuk perjanjian kedamaian, kemerdekaan, dan berkat-berkat jika kita “akan melayani Tuhan negeri ini, yang adalah Yesus Kristus” (Eter 2:12).
Dalam muka surat-muka surat kitab ini adanya perjanjian “kebahagiaan yang tak pernah berakhir” kepada “mereka yang menaati perintah-perintah Tuhan. Kerana lihatlah, mereka diberkati dalam segala hal, baik duniawi maupun rohani” (Mosia 2:41).
Dalam muka surat-muka surat kitab ini adanya perjanjian “sukacita yang tak terfahami” kepada mereka yang menjadi “alat dalam tangan Tuhan” dalam penyelamatan putera dan puteriNya yang berharga (Alma 28:8; 29:9).
Dalam muka surat kitab ini adanya perjanjian bahawa bani Israel yang dicerai-beraikan akan dikumpul—satu kerja yang kita mengambil bahagian melalui usaha mubaligh yang hebat kita di seluruh dunia (lihat 3 Nefi 16; 21–22).
Dalam muka surat kitab ini adanya perjanjian bahawa bila kita berdoa kepada Bapa dalam nama kudus Yesus Kristus, keluarga kita akan diberkati (lihat 3 Nefi 18:21).
Dari pengajian muka surat-muka surat kitab ini datangnya penunaian perjanjian wahyu bahawa “kehidupan dan rumah tangga anda akan bertambah Roh Tuhan, satu resolusi yang diperkukuhkan untuk berjalan dalam pematuhan kepada perintah-perintahNya, dan satu kesaksian yang lebih kuat demi kenyataan hidup tentang Putera Tuhan.”1
Dan dalam muka surat Kitab Mormon adanya perjanjian Moroni bahawa melalui doa, niat yang benar, dan iman dalam Kristus, kita akan mengetahui kebenaran tentang perjanjian-perjanjian ini “melalui kuasa Roh Kudus” (lihat Moroni 10:4–5).
Bersama nabi-nabi zaman akhir yang lain, saya bersaksi tentang kebenaran “buku yang paling benar dari semua buku dalam dunia ini,”2 iaitu Kitab Mormon, satu kesaksian lagi tentang Yesus Kristus. Pesanannya merentangi bumi ini dan bawa kepada pembacanya satu pengetahuan tentang kebenaran. Adalah kesaksian saya bahawa Kitab Mormon mengubah hidup. Semoga kita setiap orang baca dan baca sekali buku ini. Dan semoga kita berkongsikan kesaksian kita tentang perjanjian-perjanjian yang berharga bersama semua anak-anak Tuhan dengan sukacita.
© 2011 oleh Intellectual Reserve, Inc. Hak cipta terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/10. Kelulusan terjemahan: 6/10. Terjemahan First Presidency Message, October 2011. Malay. 09770 348