2011
Jika Kita Tidak Meragu
Oktober 2011


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Oktober 2011

Jika Kita Tidak Meragu

Julie B. Beck, presiden umum Lembaga Pertolongan.

Pelajarilah pesanan ini dan, sebagaimana sesuai, berbicara mengenainya dengan saudari-saudari yang anda kunjungi.Gunakanlah soalan-soalan yang diberikan untuk menolong anda menguatkan para saudari yang anda ajar dan juga untuk membuat Lembaga Pertolongan suatu bahagian yang giat dalam kehidupan anda.

Iman • Keluarga • Pertolongan

Dalam Kitab Mormon kita baca tentang pemuda yang patut dicontohi yang sangat gagah, berani, dan kuat. “Ya, mereka adalah para pria dengan kebenaran dan kesungguhan, kerana mereka telah diajari untuk menaati perintah-perintah Tuhan dan untuk berjalan dengan lurus di hadapanNya” (Alma 53:21). Pemuda yang beriman ini memberi penghormatan kepada ibu mereka—teladan dan guru mereka.

Para ibu pahlawan Helaman hidup pada zaman yang tidak berbeza dengan zaman kita. Keadaan mereka susah dan bahaya, dan para remaja dipanggil untuk menahan kebebasan jasmani dan kebebasan rohani. Hari in kita hidup dalam dunia di mana kita “tidak berjuang melawan manusia, tetapi melawan segala kuasa jahat di angkasa, iaitu roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah zaman yang gelap ini” (Efesus 6:12).

Masa yang mencabar menyeru para ibubapa dan teladan yang kuat untuk mengajar kebenaran yang diketahui oleh pahlawan Helaman: “Jika mereka tidak ragu, Tuhan akan membebaskan mereka” (Alma 56:47). Mengajari dan menjadi satu teladan tentang kebenaran ini pada hari ini memerlukan kewaspadaan. Tetapi, kita tidak perlu takut. Bila kita sedar tentang siapakah kita dan siapakah Tuhan dan kita sudah buat perjanjian denganNya, kita—seperti para ibu pahlawan itu—akan menjadi pengaruhan demi kebaikan.

Memang berkemungkinan, setiap orang dari 2,060 pahlawan Helaman dipengaruh oleh seorang ibu. Tetapi para ibu ini tidak bertindak secara bersendirian. Bersama-sama lelaki dan perempuan lain yang soleh, para ibu ini mesti sudah menyatukan iman dan teladan mereka untuk mengajar kuasa perjanjian. Para pemuda hari itu memahami perjanjian yang dibuat oleh ibubapa mereka untuk tidak mengambil bahagian dalam peperangan. Dan walaupun ternampaknya tidak berkemungkinan, Bapa Syurgawi yang seorang penyayang menunjukkan satu jalan kepada para ibubapa itu untuk menjaga perjanjian mereka—dan untuk menjaga kebebasan mereka (lihat Alma 56:5–9). Kita juga mesti menjaga perjanjian kita supaya anak-anak dan para pemuda—anak-anak kita sendiri dan dalam bahagian, cabang, kawasan tetangga, dan komuniti—akan memahami dan menyokong penjagaan perjanjian.

Bila kita menjaga perjanjian kita, Bapa Syurgawi boleh menyediakan jalan bagi kita. Kita harus menjaga perjanjian-perjanjian kita dengan ketepatan. Sebagai contohnya, kita boleh menjadi tepat dalam doa, dalam pengajian kitab-kitab suci, dalam pemilikan satu sijil rekomen bait suci, dalam berpakaian dengan sopan, dalam menghormati Hari Sabat. Bila kita berlaku demikian, anak-anak kita akan tahu dan boleh berkata, “Kami tidak ragu ibu kami mengetahuinya” (Alma 56:48).

Para wanita Zaman Akhir yang sedar bahawa kekuatan mereka datang dari Penebusan Tuhan tidak menyerah diri pada masa yang sukar dan yang tidak menggalakkan. Sebagai penjaga perjanjian, kita cemerlang dalam mempertahankan, mengasuh, dan menlindungi anak-anak dan pemuda supaya pada satu hari nanti kita boleh berkata kepada generasi muda, “Belum pernah aku melihat keberanian yang demikian besar, tidak, tidak di antara semua orang” (Alma 56:45).

Dari Tulisan Suci

Alma 53; 56–58

Apa yang Dapat Saya Lakukan?

  1. Bagaimana saya boleh menolong para saudari untuk mengenali dan bertindak di atas kuasa yang mereka miliki untuk mempengaruh generasi muda?

  2. Ilham apakah akan dapat saya cari dalam Kitab Mormon untuk menjawab cabaran-cabaran yang saya temui hari ini?

Cetak