2011
Berdiri di Tempat Suci
November 2011


Berdiri di Tempat Suci

Komunikasi dengan Bapa Syurgawi kita—termasuk doa kita kepada Dia dan inspirasiNya kepada kita—diperlukan untuk kita mengatasi ribut dan cubaan hidup.

Saudara dan saudariku yang terkasih, kita sudah dengar pesanan bagus pagi ini, dan saya memuji setiap orang yang menyertai. Kita terutamanya gembira kerana Elder Robert D. Hales berada bersama kita lagi dan rasa lebih sihat. Kita menyayangimu, Bob.

Semasa saya berfikir-fikir tentang apa yang saya mahu mengatakan kepadamu pagi ini, saya rasa ditekankan untuk kongsi fikiran dan perasaan tertentu yang saya menganggap berkaitan dan tepat pada masanya. Saya berdoa bahawa saya boleh dipandukan dalam perkataanku.

Saya sudah hidup di dunia ini selama 84 tahun. Untuk memberi kamu sedikit perspektif, saya lahir pada tahun Charles Lindbergh menerbang kapal terbang tanpa berhenti pertama kali dengan hanya seorang dari New York ke Paris dalam kapal terbang dengan satu enjin dan satu tempat duduk. Banyak sudah berubah dalam 84 tahun sejak itu. Sudah lama sejak manusia pergi ke bulan dan kembali. Malah, perkara yang cereka sains terdahulu, adalah kenyataan sekarang. Dan kenyataan itu, kerana teknologi zaman kita, berubah dengan begitu cepat sehingga kita hampir tidak dapat terus memahaminya—kadang-kadang kita tidak boleh. Bagi kita yang ingat telefon dengan bulatan untuk dail, dan mesin taip manual, teknologi zaman ini lebih daripada menakjubkan sahaja.

Taraf moral masyarakat berubah dengan pesat. Kelakuan yang dianggap tidak sesuai dan tidak moral terdahulu, sekarang bukan sahaja ditahan malah dianggap sesuai oleh ramai orang.

Tidak lama dahulu, saya baca dalam rencana Wall Street Journal oleh Jonathan Sacks, rabai ketua Britain. Antara perkara lain, dia menulis: “Dalam hampir setiap masyarakat Barat pada tahun 1960-an, ada pertukaran tiba-tiba dengan taraf moral, sebuah peninggalan dari etika tradisional pengawalan diri. The Beatles nyanyi bahawa kamu hanya perlukan kasih. Taraf moral tradisional Yahudi dan Kristian ditinggalkan. Sebagai gantinya datang [pepatah]: [Buat] apa-apa memberi manfaat kepadamu. Sepuluh perintah ditulis lagi sebagai Sepuluh Cadangan Kreatif.”

Rabai Sacks terus, menyatakan dengan sesal:

Kita sudah meninggalkan asas moral kita tanpa hati-hati, sama seperti kita membazirkan sumber kewangan kita. … …

“Ada banyak bahagian di [dunia] di mana agama adalah perkara masa lalu dan tiada trend budaya untuk membalas idea budaya yang menggalakkan orang untuk beli barang, menghabiskan wang, memakai pakaian yang menjolok mata, dan menunjuk-nunjuk kerana mereka menganggap bahawa sepatutnya. Ada pesanan bahawa prinsip moral sudah kolot, hati nurani adalah bagi orang lemah, dan perintah terpenting adalah ‘Jangan dinampak apabila berdosa.’”1

Saudara dan saudari saya, ini—malangnya—mengambarkan dunia di sekeliling kita. Adakah kita risau dengan putus asa dan berfikir-fikir macam mana kita akan terus hidup di dunia begini? Tidak. Sungguhya, kita ada dalam hidup kita injil Yesus Kristus, dan kita tahu bahawa prinsip moral tidak kolot, bahawa kita mempunyai hati nurani untuk membimbing kita, dan bahawa kita bertanggungjawab bagi tindakan kita.

Walaupun dunia sudah berubah, hukum Tuhan terus malar. Hukum itu tidak berubah dan tidak akan berubah. Sepuluh Perintah adalah tepat itu—perintah. Bukan cadangan sahaja. Perintah adalah sepenting pada zaman ini macam bila Tuhan memberinya kepada anak-anak Israel. Jika kita dengar sahaja, kita dengar gema suara Tuhan, bercakap kepada kita di sini dan sekarang:

“Jangan ada padamu tuhan lain di hadapan-Ku.

“Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apa pun. …

“Jangan menyebut nama Tuhan, dengan sembarangan. …

“Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat. … …

“Hormatilah ayahmu dan ibumu. … …

“Jangan membunuh.

“Jangan berzina.

“Jangan mencuri.

“Jangan mengucapkan saksi dusta. … …

“Jangan mengingini.”2

Peraturan kelakuan kita adalah muktamad; tidak boleh dirunding. Ia dijumpa bukan sahaja dalam Sepuluh Perintah malah dalam Khutbah pada Gunung, diberikan kepada kita oleh Juruselamat bila Dia berjalan pada dunia. Ia dijumpa di seluruh ajaran-Nya. Ia dijumpa dalam kata-kata wahyu masa kini.

Bapa kita di Syurga adalah sama terdahulu, zaman ini, dan selama-lamanya. Nabi Mormon beritahu kita bahawa Tuhan “tak berubah dari segala keabadian ke segala keabadian.”3 Di dalam dunia ini di mana hampir semua nampaknya berubah, kemuluran Dia adalah sesuatu yang padanya kita dapat berharap, sauh yang padanya kita dapat memegang dengan kukuh dan selamat, supaya kita tidak menjadi sesat di perairan tidak diketahui.

Mungkin nampaknya kepadamu kadang-kadang bahawa orang lain di dunia berseronok lebih daripadamu. Beberapa antara kamu mungkin rasa terhad kerana peraturan kelakuan yang padanya kita di dalam Gereja berpegang teguh. Namun demikian, saudara dan saudariku, saya mengatakan kepadamu bahawa tiada apa-apa yang dapat membawa lebih kegembiraan ke dalam hidup kita, atau lebih kedamaian kepada jiwa kita, daripada Roh yang boleh datang kepada kita apabila kita ikut Juruselamat dan mematuhi perintah. Roh itu tidak boleh berada di jenis kegiatan yang di dalamnya banyak orang di dunia menyertai. Rasul Paulus mengatakan kebenaran: “Manusia duniawi tidak menerima apa yang berasal dari Roh Tuhan, kerana hal itu baginya adalah suatu kebodohan; dan ia tidak dapat memahaminya, sebab hal itu hanya dapat dinilai secara rohani.”4 Perkataan manusia duniawi boleh merujuk kepada sesiapa antara kita, jika kita membenarkan diri kita menjadi duniawi.

Kita mesti berhati-hati di dunia dengan budaya yang sudah berpaling dari kebanyakan perkara rohani. Kita perlu menolak apa-apa yang tidak mematuhi taraf kita, menolak juga untuk menyerah kalah apa yang kita paling mengingini—kehidupan abadi di kerajaan Tuhan. Kadang-kadang kita masih ada kesusahan, kerana itu bahagian yang pasti berlaku dari pengalaman kita dalam kefanaan. Namun demikian, kita banyak lebih bersedia untuk menanganinya, untuk belajar daripadanya, dan untuk mengatasinya kalau kita ada injil sebagai dasar kehidupan kita dan kasih Juruselamat di dalam hati kita. Nabi Yesaya mengatakan, “Di mana ada kebenaran di situ akan tumbuh damai sejahtera, dan akibat kebenaran ialah ketenangan dan ketenteraman untuk selama-lamanya.”5

Sebagai cara berada di dunia tetapi tidak menjadi duniawi, kita perlu bercakap dengan Bapa kita di Syurga melalui doa. Dia ingin kita buat begini; Dia akan menjawab doa kita. Juruselamat menegur kita, seperti ditulis dalam 3 Nefi, pasal 18, “Berdoa selalu agar jangan kamu masuk ke dalam godaan; kerana Setan berhasrat untuk memilikimu. …

“Oleh kerana itu kamu mesti selalu berdoa kepada Bapa dalam namaKu;

“Dan apa pun yang akan kamu minta kepada Bapa dalam namaKu, yang adalah benar, memercayai bahawa kamu akan menerima, lihatlah itu akan diberikan kepadamu.”6

Saya mendapat kesaksian saya tentang kuasa doa bila saya berumur 12 tahun. Saya bekerja keras untuk mendapat duit dan sudah mendapat lima dolar. Ini terjadi pada masa yang ekonomi tidak baik, bila lima dolar banyak wang—terutamanya bagi budak berumur 12. Saya memberi semua duit saya, yang berjumlah lima dolar, kepada bapa saya, dan dia memberi saya satu bil lima dolar. Saya tahu ada sesuatu khusus yang saya merancang untuk membeli dengan lima dolar itu, tetapi sekarang, banyak tahun nanti, saya tidak dapat ingat apa itu. Saya hanya ingat betapa penting wang itu bagi saya.

Pada masa itu kita tidak mempunyai mesin basuh, jadi ibu saya hantar pakaian kita yang perlu dibasuh ke kedai dobi setiap minggu. Selepas beberapa hari, beban pakaian basah akan dihantar balik kepada kita, dan ibu akan menggantungnya di ampaian di belakang rumah kita sampai menjadi kering.

Saya sudah simpan lima dolar itu di poket dalam seluar saya, dan seperti mungkin kamu boleh meneka, seluar saya dihantar ke kedai dobi dengan wang masih di poketnya. Bila saya menjadi sedar akan apa terjadi, saya rasa sakit kerana risau. Saya tahu bahawa poket biasanya diperiksa di kedai dobi sebelum membasuh. Jika wang saya tidak didapat dan diambil semasa proses itu, saya tahu hampir pasti bahawa wang itu akan jatuh dari poket semasa dibasuh dan akan diambil oleh orang pekerja yang tidak boleh tahu siapa mempunyai wang itu, walaupun mungkin dia mahu mengembalikannya. Kemungkinan mendapat lima dolar itu lagi tidak berapa mungkin—satu fakta yang ibu terkasihku mengesahkannya bila saya beritahu dia bahawa saya meninggalkan wang di poket.

Saya mahu wang itu; saya perlukan wang itu; saya sudah bekerja sangat keras untuk mendapat wang itu. Saya menyedari bahawa saya boleh buat satu perkara sahaja. Dengan banyak kebimbangan saya meminta bantuan Bapa saya di Syurga dan merayu kepada Dia untuk jaga wang saya walau macam mana pun sampai pakaian basah kita dikembalikan.

Dua hari panjang nanti, bila saya tahu waktu hampir sampai untuk lori membawa pakaian kami, saya duduk dekat tingkap, menunggu. Bila lori sampai, hatiku berdegap-degup. Secepat pakaian basah berada di dalam rumah, saya merebut seluarku dan lari ke bilik tidur saya. Saya menghulurkan tangan saya ke dalam poket dengan tangan menggeletar. Bila saya tidak jumpa apa-apa dengan segera, saya fikir semua hilang. Tetapi kemudian jari saya sentuh bil lima-dolar basah itu. Semasa saya tariknya dari poket, saya berasa lega sangat. Saya berdoa dengan syukur kepada Bapa saya di Syurga, kerana saya tahu bahawa Dia sudah menjawab doa saya.

Sejak masa itu, saya ada banyak doa dijawab. Tiada hari yang saya tidak bercakap dengan Bapa saya di Syurga melalui doa. Itu hubungan yang saya menyayangi—saya sesat tanpanya. Jika kamu tidak sekarang ada hubungan begitu dengan Bapa kamu di Syurga, saya menggesa kamu ke arah matlamat itu. Semasa kamu buat begitu, kamu akan menjadi layak untuk ilham dan bimbinganNya sepanjang hidup kamu—keperluan bagi semua kita kalau kita akan terus hidup secara rohani semasa perjalanan kita di sini di dunia. Ilham dan bimbingan begitu adalah hadiah yang Dia beri dengan bebas kepada kita kalau kita mencarinya sahaja. Ini sesuatu yang amat berharga.

Saya selalu berendah hati dan bersyukur bila Bapa saya di Syurga bercakap dengan saya melalui ilhamNya. Saya sudah belajar untuk mengenalinya, mempercayainya, dan mengikutinya. Banyak kali sudah saya terima ilham. Satu pengalaman yang agak mendadak terjadi dalam Ogos 1987 semasa dedikasi bait suci di Frankfurt Jerman. Presiden Ezra Taft Benson bersama kami selama satu atau dua hari untuk dedikasi, tetapi dia sudah pulang rumah, jadi saya ada peluang untuk mengendalikan sesi-sesi yang tinggal.

Pada hari sabtu kami ada sesi bagi anggota Belanda kami yang berada di daerah Bait Suci di Frankfurt. Saya kenal salah satu pemimpin kita yang cemerlang dengan baik dari Belanda, Saudara Peter Mourik. Sebelum sesi itu, saya ada perasaan jelas bahawa Saudara Mourik harus diminta untuk berucap kepada semua anggota Belanda itu dalam sesi itu dan bahawa, malah, dia harus berucap pertama. Saya tidak lihat dia di bait suci pagi itu, jadi saya memberi nota kepada Elder Carlos E. Asay, Presiden Kawasan kita, tanya dia sama ada Peter Mourik berada di sesi itu. Sebelum berdiri untuk memulai sesi, saya menerima nota dari Elder Asay beritahu saya bahawa Saudara Mourik sebenarnya tidak berada di sesi ini, bahawa dia sibuk di tempat lain, dan bahawa dia merancang untuk menghadiri sesi dedikasi di bait suci hari berikutnya bersama pancang tentera.

Semasa saya berdiri di depan untuk menyambut orang dan untuk memulakan mesyuarat, saya terima ilham yang memang jelas, sekali lagi, bahawa saya harus mengumumkan Peter Mourik sebagai penceramah pertama. Ini menentang semua naluriku, sebab saya tadi dengar daripada Elder Asay bahawa Saudara Mourik pasti tiada di bait suci. Namun demikian, saya mempercayai ilham dan mengumumkan penyampaian oleh paduan suara, doa, dan kemudian berkata bahawa penceramah pertama kami adalah Saudara Peter Mourik.

Bila saya pulang ke tempat duduk saya, saya tengok Elder Asay dan melihat pada muka dia kelihatan terkejut. Dia nanti beritahu saya bahawa bila saya mengumumkan Saudara Mourik sebagai penceramah pertama, dia hampir tak boleh percaya telinga dia. Dia berkata dia tahu bahawa saya sudah menerima nota dia dan bahawa saya membacanya, dan dia tidak boleh faham kenapa saya kemudian mengumumkan Saudara Mourik sebagai penceramah, jika saya tahu bahawa dia tidak berada di bait suci.

Pada masa itu, Peter Mourik berada di mesyuarat di pejabat kawasan di Porthstrasse. Di mesyuarat itu, dia tiba-tiba berkata kepada Elder Thomas A. Hawkes, wakill wilayah pada masa itu, dan tanya, “Berapa cepat kamu boleh membawa saya ke bait suci?”

Elder Hawkes, yang terkenal untuk memandu agak cepat dalam kereta kecil dia, menjawab, “Saya boleh membawa kamu ke sana dalam 10 minit! Tetapi kenapa kamu perlu pergi bait suci?”

Saudara Mourik mengaku bahawa dia tidak tahu kenapa dia perlu pergi ke bait suci tetapi dia tahu dia mesti pergi. Mereka berdua bertolak ke arah bait suci dengan segera.

Semasa persembahan paduan suara, saya memandang ke sana sini, menjangka bahawa saya akan melihat Peter Mourik tidak lama lagi. Saya tidak melihat dia. Tetapi saya tidak rasa cemas. Saya ada keyakinan yang damai dan tidak dapat dinafikan bahawa semua perkara akan dijalankan dengan baik.

Saudara Mourik memasuki pintu di depan bait suci tepat selepas doa pembukaan, dan masih tidak tahu kenapa dia berada di sana. Semasa dia bergegas sepanjang ruang depan, dia melihat gambar saya pada monitor dan mendengar saya mengumumkan, “Sekarang kita akan dengar daripada Saudara Peter Mourik.”

Dengan kehairanan Elder Asay, Peter Mourik segera memasuki bilik dan datang ke depan.

Selepas sesi itu, Saudara Mourik dan saya membincangkan apa yang terjadi sebelum peluang dia untuk berucap. Saya berfikir-fikir tentang ilham yang datang hari itu, bukan sahaja kepada saya malah kepada Saudara Peter Mourik. Pengalaman luar biasa itu memberi saksi yang tidak dapat dinafikan kepada saya tentang kepentingan menjadi layak untuk menerima ilham begitu dan kemudian mempercayainya—dan mengikutinya—bila ia datang. Saya tahu tanpa ragu-ragu bahawa Tuhan berniat untuk mereka yang hadir di sesi dedikasi Bait Suci Frankfurt itu untuk dengar kesaksian yang kuat dan mengharukan dari hambaNya, Saudara Peter Mourik.

Saudara dan saudariku yang terkasih, komunikasi dengan Bapa kita di Syurga—termasuk doa kita kepada Dia dan ilhamNya kepada kita—diperlukan supaya kita boleh menahan kesusahan dan ujian kehidupan. Tuhan menjemput kita, “Mendekatlah kepadaKu dan Aku akan mendekat kepadamu; carilah Aku dengan tekun dan kamu akan menemukanKu.”7 Jika kita buat begini, kita akan rasa RohNya dalam hidup kita, memberi kita keinginan dan keberanian untuk berdiri kuat dan teguh dalam kesolehan—untuk “berdiri … di tempat-tempat kudus, dan janganlah berpindah.”8

Semasa dunia berubah di sekeliling kita dan kita melihat prinsip moral masyarakat menjadi lemah, semoga kita ingat janji amat berharga Tuhan kepada mereka yang percaya kepada Dia: “Janganlah takut, sebab Aku menyertai engkau, janganlah bimbang, sebab Aku ini Tuhanmu; Aku akan meneguhkan, bahkan akan menolong engkau; Aku akan memegang engkau dengan tangan kananKu yang membawa kemenangan.”9

Hebatnya janjian ini! Semoga itu menjadi berkat kita, saya berdoa dalam nama suci Tuhan kita, Yesus Kristus, amin.