2011
Dia Mengambil Berat untuk Anda
November 2011


Dia Mengambil Berat tentang Anda

Tuhan gunakan satu ukuran yang berbeza dari ukuran dunia untuk mengukur nilai satu jiwa.

Musa, salah satu nabi terhebat yang pernah diketahui manusia, dibesarkan oleh anak perempuan Firaun dan menghabiskan empat puluh tahun pertama hidupnya di rumah diraja Mesir. Dia ketahui sendiri kemuliaan dan kehebatan kerajaan purba itu.

Bertahun-tahun kemudian, di atas gunung yang jauh dari keindahan dan keagungan Mesir yang perkasa, Nabi Musa berdiri di hadiran Tuhan dan bercakap kepadaNya muka ke muka seperti seorang yang bercakap dengan kawannya.1 Sepanjang lawatan itu, Tuhan telah menunjukkan Musa mutu kerja tanganNya, membenarkan dia melihat kerja dan kemuliaanNya. Apabila penglihatan itu berakhir, Musa jatuh ke bumi selama berjam-jam. Pada masa kekuatannya kembali, dia menyedari sesuatu yang, dalam semua tahun di rumah Firaun, tidak dia sedari sebelumnya.

“Tahulah aku,” katanya, “bahawa manusia bukanlah apa-apa.”2

Kita adalah Kurang Daripada Apa yang Kita Andaikan

Lebih banyak yang kita pelajari tentang alam semesta ini, lebih banyak kita memahami—sekurang-kurangnya sebahagian kecil—apa yang Musa ketahui. Alam semesta ini begitu besar, misteri, dan gemilang hingga ia tak dapat difahami minda manusia. “Dunia tak terhitung telah aku ciptakan,” kata Tuhan kepada Musa.3 Keajaiban langit malam merupakan bukti yang indah tentang kebenaran itu.

Hanya beberapa perkara yang telah mengisi hati saya dengan perasaan kagum seperti terbang pada masa malam merentasi lautan dan benua dan melihat ke luar tingkap bilik juruterbang saya kemuliaan berjuta-juta bintang yang tidak terhingga.

Ahli astronomi telah cuba untuk menghitung bilangan bintang dalam alam semesta. Satu kumpulan saintis menganggarkan bahawa bilangan bintang dalam jarak teleskop kita adalah sama dengan bilangan segala biji-biji pasir di pantai dan padang pasir dunia didarab dengan sepuluh.4

Kesimpulan ini mempunyai persamaan yang menarik dengan pernyataan nabi purba Henokh: “Dan seandainya mungkin bagi manusia untuk menghitung unsur-unsur bumi, ya, berjuta-juta bumi-bumi semacam ini, hal itu tidak akan menjadi permulaan untuk menghitung ciptaanMu.”5

Memandangkan ciptaan luas Tuhan, adalah senang untuk memahami kenapa Raja Benjamin menasihati kaumnya untuk “selalu memegang teguh di dalam ingatan, akan keagungan Tuhan serta betapa tiada berertinya dirimu sendiri.”6

Kita adalah Lebih Daripada Apa yang Kita Andaikan

Walaupun manusia bukanlah apa-apa, ia memenuhi saya dengan hairan dan kagum memikirkan bahawa “nilai jiwa adalah sangat berharga pada pandangan Tuhan.”7

Dan sedangkan kita boleh melihat keluasan alam semesta dan berkata, “Apakah manusia dibandingkan dengan kemuliaan penciptaan?” Tuhan sendiri berkata bahawa kita adalah sebab Dia menjadikan alam semesta! KerjaNya dan kemuliaan—tujuan untuk alam semesta yang megah ini—ialah untuk menyelamatkan dan mendatangkan kebakaan kepada manusia.8 Dalam kata lain, keluasan kekekalan, kegemilangan dan misteri ruang dan masa tak terhingga dibina bagi manfaat manusia biasa seperti anda dan saya. Bapa Syurgawi kita menciptakan alam semesta supaya kita boleh mencapai potensi kita sebagai anak-anakNya.

Ini adalah lawan asas manusia: berbanding dengan Tuhan, manusia bukanlah apa-apa; namun kita adalah segala-galanya kepada Tuhan. Walaupun dibandingkan dengan penciptaan tak terhingga kita mungkin akan kelihatan bukanlah apa-apa, kita mempunyai satu percikan api dari api kekal membara dalam diri kita. Kita mempunyai janji kemuliaan yang tidak dapat kita fahami—dunia-dunia tak dihitung —dalam genggaman kita. Dan ia adalah keinginan Tuhan untuk membantu kita mencapai kemuliaan itu.

Kebodohan Kesombongan

Penipu terbesar, Setan tahu bahawa salah satu alatnya yang paling berkesan dalam menyesatkan anak-anak Tuhan ialah untuk merayu kepada kedua-dua ekstrim lawan asas manusia. Bagi sesetengah orang, dia merayu kepada kecenderungan mereka menjadi sombong, menggalakkan mereka untuk mempercayai dalam fantasi kepentingan dan kekebalan diri sendiri. Dia memberitahu mereka bahawa mereka sudah melampaui biasa dan kerana keupayaan, hak kelahiran, atau status sosial, mereka lebih baik daripada apa yang biasa di sekeliling mereka. Dia membawa mereka menyimpulkan bahawa oleh kerana itu, mereka tidak tertakluk kepada peraturan orang lain dan tidak harus diganggu oleh masalah orang lain.

Abraham Lincoln menyukai puisi yang berbunyi:

Ya mengapa roh manusia harus berbangga?

Seperti meteor pantas, awan menerbang cepat,

Sedenyar kilat, pecahan gelombang,

Manusia meninggal kehidupan untuk rehat dalam kuburnya.9

Pengikut-pengikut Yesus Kristus memahami bahawa berbanding dengan selama-lamanya, kewujudan kita dalam hidup fana ini “sebentar sahaja” dalam ruang dan masa.10 Mereka tahu bahawa nilai sebenar seseorang mempunyai sedikit kaitan dengan apa yang dunia menganggap dengan penghargaan yang tinggi. Mereka tahu anda boleh kumpulkan segala wang di dunia dan ia tidak boleh membeli sebuku roti dalam ekonomi syurga.

Orang-orang yang akan “mewarisi Kerajaan Tuhan”11 ialah orang yang menjadi “seperti seorang anak, penurut, lemah lembut, rendah hati, sabar, penuh kasih sayang.”12 “Sebab barangsiapa meninggikan diri, ia akan direndahkan dan barangsiapa merendahkan diri, ia akan ditinggikan.”13 Murid-murid Yesus memahami juga “bilamana kamu melakukan pelayanan untuk sesamamu bererti kamu hanya melayani Tuhanmu.”14

Kita Tidak Dilupakan

Satu lagi cara Setan menipu ialah melalui kesengsaraan. Dia cuba untuk mengubah pandangan kita tidak penting kita sendiri sehingga kita mula ragu-ragu nilai diri kita. Dia memberitahu kita bahawa kita adalah terlalu kecil untuk sesiapa mengambil perhatian, yang kita adalah terlupa—terutamanya oleh Tuhan.

Biarkan saya berkongsi dengan anda pengalaman peribadi saya yang mungkin membantu orang yang merasa tidak penting, dilupakan, atau bersendirian.

Bertahun-tahun yang lalu, saya masuk latihan juruterbang di Angkatan Udara Amerika Syarikat. Saya jauh dari rumah saya, seorang askar Jerman Barat yang muda, yang dilahirkan di Czechoslovakia, yang telah dibesarkan di Jerman Timur dan bertutur dalam bahasa Inggeris hanya dengan kesukaran hebat. Dengan jelas saya ingat perjalanan saya ke pangkalan latihan kami di Texas. Saya berada di atas kapal terbang, duduk di sebelah penumpang yang bercakap dengan loghat Amerika Selatan berat. Saya langsung tidak memahami perkataan katanya. Saya sebenarnya tertanya-tanya jika saya telah diajar bahasa yang salah selama ini. Saya terkejut melihat oleh pemikiran bahawa saya akan bersaing untuk mendapatkan tempat teratas dalam latihan juruterbang, terhadap pelajar yang merupakan penutur asli Bahasa Inggeris.

Apabila saya tiba di pangkalan udara di bandar kecil Big Spring, Texas, saya mencari dan mendapati cabang Orang Suci Zaman Akhir, yang terdiri beberapa ahli Gereja yang hebat yang megadakan Gereja di dalam bilik yang disewa di pangkalan udara itu. Ahli-ahli itu dalam proses membina sebuah gereja kecil yang akan menjadi tempat yang tetap bagi Jemaah. Pada masa itu ahli-ahli menyediakan kebanyakan kerja untuk membangun gereja baru.

Hari demi hari saya belajar dengan sedaya-upaya dan menggunakan kebanyakan masa lapang saya bekerja di gereja baru. Di sana saya mendapat tahu bahawa dua oleh empat bukanlah satu tarian tetapi sekeping kayu. Saya juga belajar kemahiran penting tidak memukul ibu jari saya apabila mengetuk paku.

Saya menggunakan begitu banyak masa bekerja di gereja itu sehingga presiden cabang—yang juga salah satu pengajar penerbangan kami—mengucapkan kebimbangan bahawa mungkin saya harus menggunakan lebih banyak masa belajar.

Kawan-kawan saya dan juruterbang pelajar lain terlibat diri dalam aktiviti-aktiviti masa lapang juga, tetapi saya fikir adalah cukup untuk mengatakan bahawa beberapa aktiviti-aktiviti tersebut tidak sejajar dengan risala For the Strength of Youth yang kita punyai hari ini. Bagi saya, saya menikmati menjadi bahagian yang aktif dalam cabang Texas barat ini yang kecil, melatihkan kemahiran pertukangan kayu, dan meningkatkan bahasa Inggeris saya semasa saya memenuhi pangglian-panggilan saya untuk mengajar di kuorum orang tua-tua dan di Sekolah Hari Ahad.

Pada masa itu, Big Spring, di sebalik namanya, adalah tempat yang remeh dan tidak diketahui. Dan saya sering merasai yang sama tentang diri saya sendiri—tidak penting, tidak diketahui, dan agak bersendirian. Meskipun demikian saya tidak pernah tertanya-tanya jika Tuhan telah lupa saya atau jika Dia akan dapat mencari saya di sana. Saya tahu bahawa ia tidak penting kepada Bapa Surgawi di mana saya berada, di mana saya menduduki tempat dengan orang lain dalam kelas latihan juruterbang, atau panggilan saya di Gereja. Apa yang penting kepadaNya ialah aku telah melakukan sebaik yang saya boleh, hati saya cenderung kepada Tuhan, dan bahawa saya bersedia untuk membantu orang di sekeliling saya. Saya tahu jika saya melakukan sebaik yang saya boleh, semua perkara akan dijalankan dengan baik.

Dan semua perkara dijalankan dengan baik.15

Yang Terkhir Menjadi yang Pertama

Tuhan tidak peduli sama sekali jika kita menghabiskan hari kita bekerja di dewan marmar atau gerai kandang. Dia tahu di mana kita berada, tidak kira betapa merendah diri keadaan kita. Dia akan menggunakan—dengan caraNya sendiri dan bagi tujuan suciNya—orang yang cenderung hati mereka kepadaNya.

Tuhan ketahui bahawa sesetengah roh-roh terhebat yang pernah hidup adalah orang-orang yang tidak pernah akan ditulis di tawarikh sejarah. Mereka ialah jiwa-jiwa yang diberkati dan rendah hati, yang mencontohi contoh Juruselamat dan menghabiskan hari-hari kehidupan mereka melakukan yang baik.16

Satu pasangan begitu, ibu bapa teman saya, contohi asas ini bagi saya. Suami itu bekerja di kilang keluli di Utah. Pada makan tengah hari dia akan keluarkan kitab-kitab suci atau majalah Gereja dan membaca. Apabila pekerja-pekerja lain melihat ini, mereka mengejek dia dan melawan kepercayaannya. Bila-bila mereka lakukan ini, dia bercakap kepada mereka dengan kebaikan dan keyakinan. Dia tidak membenarkan ketidak kehormatan mereka membuat dia marah atau kecewa.

Tahun kemudian salah seorang yang mengejek-ejek lantang menjadi sangat sakit. Sebelum dia meninggal dunia, dia meminta orang yang rendah hati ini berucap di upacara pengebumian itu—dan dia lakukannya.

Ahli Gereja yang penuh iman ini tidak mempunyai banyak status sosial atau kekayaan, tetapi pengaruhnya dilanjutkan mendalam kepada semua yang kenali dia. Dia meninggal dunia dalam kemalangan perindustrian apabila berhenti untuk membantu pekerja lain yang telah terkandas dalam salji.

Dalam tempoh setahun isterinya harus melalui pembedahan otak, yang biarkan dia tidak dapat berjalan. Tetapi orang suka datang untuk menghabiskan masa dengannya kerana dia suka mendengar. Dia masih ingat. Dia mengambil berat. Tidak dapat menulis, dia hafalkan nombor telefon anak-anak dan cucu-cucunya. Dengan penuh kasih saying dia mengingati hari lahir dan ulang tahun.

Mereka yang melawat dia meninggal dengan merasa jauh lebih baik tentang kehidupan dan tentang diri mereka. Mereka merasakan kasihnya. Mereka tahu dia mengambil berat. Dia tidak pernah mengadu tetapi menghabiskan hari memberkati kehidupan orang lain. Salah satu temannya berkata wanita ini adalah salah satu dari sedikit orang yang dia pernah kenali yang benar-benar contohi kasih sayang dan kehidupan Yesus Kristus.

Pasangan ini akan jadi orang pertama untuk mengatakan mereka tidak penting di dunia ini. Tetapi Tuhan menggunakan skala yang sangat berbeza daripada dunia untuk menimbang nilai jiwa. Dia tahu pasangan yang penuh iman ini; Dia mengasihi mereka. Tindakan mereka adalah saksi hidup iman yang kukuh mereka kepadaNya.

Dia Mengambil Berat tentang Anda

Saudara dan saudari, mungkin benar bahawa manusia itu tidak apa-apa jika berbanding dengan kebesaran alam semesta. Kadang-kadang kita mungkin merasa tidak penting, tidak dapat dilihat, bersendirian, atau terlupa. Tetapi sentiasa ingat—dia mengambil berat tentang anda! Jika anda ragu-ragu, mempertimbangkan empat prinsip-prinsip ilahi ini:

Pertama, Tuhan mengasihi orang-orang yang rendah hati dan lemah lembut, kerana mereka adalah “terbesar dalam Kerajaan Syurga.”17

Kedua, Tuhan mengamanahkan “kegenapan injil [Nya] [untuk] diumumkan oleh yang lemah dan yang sederhana kepada segenap hujung bumi.”18 Dia telah memilih “hal yang lemah [untuk] muncul dan mengalahkan yang perkasa dan kuat.”19 dan memalukan “apa yang kuat.”20

Ketiga, tidak kira di mana anda hidup, tidak kira betapa merendah diri keadaan anda, betapa tidak seberapa pekerjaan anda, betapa terhad kebolehan anda, betapa biasa rupa anda, atau betapa kecil panggilan anda di dalam Gereja, Bapa Syurgawi dapat lihat anda. Dia mengasihi anda. Dia tahu hati yang rendah anda dan perbuatan kasih sayang dan kebaikan anda. Bersama-sama, mereka membentuk kesaksian kesetiaan dan kepercayaan anda yang berpanjangan.

Keempat dan akhirnya, sila memahami bahawa apa yang anda lihat dan mengalami kini tidak akan jadi selama-lamanya. Anda tidak akan merasa kesepian, kesedihan, kesakitan, atau kesengsaraan buat selama-lamanya. Kita punyai janji setia Tuhan bahawa Dia tidak akan lupa dan tidak akan jauhkan diri dari orang yang cenderung hati mereka kepadaNya.21 Punyailah harapan dan iman dalam janji itu. Belajar untuk mengasihi Bapa Syurgawi anda dan menjadi pengikut-Nya dalam perkataan dan perbuatan.

Yakinlah bahawa jika kamu teruskan, percaya kepadaNya, dan tetap setia dalam memelihara perintah-perintah, satu hari anda akan mengalami untuk diri anda sendiri, janji-janji yang diturunkan kepada Rasul Paulus: “Tidak pernah dilihat oleh mata, dan tidak pernah didengar oleh telinga, dan yang tidak pernah timbul di dalam hati manusia: semua yang disediakan Tuhan untuk mereka yang mengasihi Dia.”22

Saudara dan saudari, makhluk yang paling berkuasa dalam alam semesta ini adalah Bapa roh anda. Dia kenali anda. Dia mengasihi anda dengan kasih sayang yang sempurna.

Tuhan melihat anda bukan hanya sebagai seorang manusia yang di bumi kecil yang hidup untuk musim ringkas—Dia melihat anda sebagai anakNya. Dia melihat anda sebagai orang yang mampu dan direka untuk menjadi. Dia ingin anda tahu bahawa Dia mengambil berat tentang anda.

Semoga kita percaya, beryakin, dan menyelaraskan kehidupan kita supaya kita akan memahami nilai dan potensi kekal kita yang sebenar. Semoga kita layak untuk berkat berharga yang Bapa Syurgawi telah sediakan untuk kita adalah doa saya dalam nama AnakNya, malah Yesus Kristus, Amin.