2011
Pilihan untuk Bersyukur
Disember 2011


Pesanan Presidensi Utama, Disember 2011

Pilihan untuk Bersyukur

Oleh Presiden Henry B. Eyring

Bapa kita di Syurga memerintahkan kita untuk bersyukur di dalam semua hal (lihat 1 Tessalonika 5:18), dan dia mahukan kita bersyukur terhadap berkat-berkat yang kita terima (lihat A&P 46:32). Kita tahu bahawa semua perintahNya adalah bertujuan untuk menggembirakan kita, dan kita juga tahu bahawa melanggar perintah akan membawa kepada kegetiran.

Oleh itu untuk menjadi gembira dan mengelakkan kegetiran, kita harus mempunyai hati yang bersyukur. Kita telah melihat di dalam kehidupan kita kaitan di antara kesyukuran dan kegembiraan. Kita semua mahu merasakan kesyukuran, tetapi bukannya senang untuk sentiasa bersyukur di dalam semua hal di dalam dugaan hidup kita. Penyakit, kekecewaan, dan kehilangan orang-orang yang kita sayangi datang di dalam kehidupan kita. Kesedihan kita boleh menjadikannya susah untuk melihat berkat-berkat kita dan menghargai berkat yang Tuhan sediakan untuk kita di masa hadapan.

Ianya agak mencabar untuk menghitung berkat-berkat kita kerana kita cenderung untuk mengambil kira hal-hal yang baik secara remeh. Apabila kita kehilangan bumbung tempat berteduh, makanan untuk dimakan, atau keselesaan daripada kawan dan kaum keluarga, kita menyedari betapa kita seharusnya bersyukur semasa kita mempunyai semuanya.

Yang paling utama, kadang-kadang ianya susah bagi kita untuk bersyukur secukupnya terhadap hadiah yang telah kita terima: iaitu kelahiran Yesus Kristus, Korban TebusanNya, janji Kebangkitan, peluang untuk menikmati kehidupan kekal bersama keluarga kita, Pemulihan injil dengan kuasa imamat dan kunci-kuncinya. Hanya dengan bantuan Roh Kudus kita boleh mulai merasakan maksud sebenar berkat-berkat tersebut kepada kita dan mereka yang kita sayangi. Hanya begitulah kita dapat bersyukur di dalam semua hal dan mengelakkan kemurkaan Tuhan terhadap ketidaksyukuran.

Kita harus meminta di dalam doa agar Tuhan, melalui kuasa Roh Kudus, akan membantu kita melihat berkat-berkat kita dengan jelas walaupun di tengah-tengah dugaan hidup kita. Dia dapat membantu kita melalui kuasa Roh untuk mengenali dan bersyukur ke atas berkat-berkat yang telah kita abaikan. Apa yang banyak membantu saya adalah untuk meminta kepada Tuhan di dalam doa, “Bolehkah Engkau membimbing saya kepada seseorang yang dapat saya bantu untukMu?” Dengan membantu Tuhan memberkati orang lainlah saya dapat melihat berkat-berkat saya dengan lebih dekat.

Doa saya telah dijawab sekali apabila sepasang suami isteri yang tidak pernah saya kenali menjemput saya ke sebuah hospital. Di sana saya melihat seorang bayi yang sangat kecil sehinggakan boleh muat di dalam tangan saya. Hanya dalam usianya beberapa minggu sahaja, dia telah melalui beberapa pembedahan. Para doktor telah memberitahu ibu bapa bayi itu bahawa lebih banyak pembedahan yang rumit akan diperlukan untuk memastikan jantung dan paru-parunya dapat berfungsi untuk mengekalkan nyawa anak Tuhan yang kecil itu.

Di atas permintaan ibu bapa itu, saya telah memberi sebuah berkat imamat kepada bayi tersebut. Berkat tersebut mengandungi sebuah janji tentang riwayat hidup yang dilanjutkan. Lebih dari sekadar memberi pemberkatan, saya telah menerima berkat itu sendiri iaitu sebuah hati yang lebih bersyukur.

Dengan bantuan Bapa, kita semua boleh memilih untuk lebih bersyukur. Kita boleh meminta Dia untuk membantu kita melihat berkat-berkat kita dengan lebih jelas, walau apapun keadaan kita. Bagi saya pada hari tersebut, saya tidak pernah lebih menghargai keajaiban fungsi jantung dan juga paru-paru saya. Dalam perjalanan ke rumah saya bersyukur bagi berkat untuk anak-anak saya kerana saya dapat melihat dengan jelas keajaiban kebaikan daripada Tuhan dan juga orang-orang baik di sekeliling mereka.

Paling penting sekali, saya merasakan kesyukuran terhadap bukti Korban Tebusan yang bekerja di dalam kehidupan ibu bapa tersebut dan juga hidup saya. Saya telah melihat harapan dan kasih suci Kristus bersinar pada wajah mereka, walaupun di dalam dugaan mereka yang besar itu. Dan saya telah merasakan bukti yang anda boleh rasakan jika anda meminta Tuhan untuk menunjukkan kepada anda bahawa Korban Tebusan dapat membantu anda merasakan harapan dan kasih sayang.

Kita semua boleh memilih untuk bersyukur di dalam doa dan meminta bimbingan Tuhan untuk melayani orang lain untukNya—terutamanya semasa musim kita meraikan kelahiran Juruselamat. Tuhan Bapa telah menyerahkan AnakNya, dan Yesus Kristus memberikan kita Korban Tebusan, hadiah yang paling besar dan maha pemurah (lihat A&P 14:7).

Bersyukur di dalam doa dapat menolong kita melihat kebesaran berkat-berkat ini dan berkat kita yang lainnya dan oleh itu menerima kurniaan sebuah hati yang lebih bersyukur.

Mengajar dari Pesanan Ini

Dengan menuliskan pengalaman dan berkat-berkat kita dapat membantu kita mengingatinya dan memberikan kita sesuatu untuk dikenang kembali. Pertimbangkan untuk bertanya kepada mereka yang anda ajari untuk menulis apa yang mereka syukuri untuk membantu mereka mengingat kembali berkat-berkat yang telah diterima oleh mereka, mengenali berkat mereka sekarang, dan menantikan berkat pada masa hadapan.

Anda juga boleh mendorong mereka yang anda ajari untuk mengikut teladan Presiden Eyring bertanya kepada Bapa Di Syurga untuk membimbing mereka kepada seseorang yang mereka boleh bantu atau layani.