2011
Sebuah Tindakan Lingkungan yang Besar
Disember 2011


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Disember 2011

Sebuah Tindakan Lingkungan yang Besar

Pelajarilah pesanan ini dan, mengikut kesesuaian, bincangkan dengan saudari-saudari yang anda kunjungi.Gunakanlah soalan-soalan yang diberikan untuk menolong anda menguatkan para saudari yang anda ajari dan juga untuk membuat Lembaga Pertolongan sebahagian daripada kehidupan anda yang aktif.

Iman • Keluarga • Pertolongan

Tuhan, GerejaNya, kaum keluarga, dan komuniti memerlukan pengaruh para wanita yang soleh. Kenyataannya, Elder M. Russell Ballard dari Kuorum Dua Belas Rasul mengajarkan, “Setiap saudari di dalam Gereja ini yang telah mengikat perjanjian dengan Tuhan ada mandat untuk menolong menyelamatkan jiwa-jiwa, memimpin para wanita dunia, menguatkan rumah-rumah tangga Sion, dan membina kerajaan Tuhan.”1

Ada di antara para saudari tertanya-tanya jika mereka mampu mencapai sasaran-sasaran yang murni itu. Tetapi seperti yang dijelaskan oleh Eliza R. Snow (1804–87), presiden umum Lembaga Pertolongan kedua, “Tidak ada seorang saudari pun keseorangan, dan lingkungannya begitu kecil tetapi dia boleh melakukan perkara yang besar untuk menubuhkan Kerajaan Tuhan di atas bumi.”2 Saudari Snow juga mengajarkan bahawa Lembaga Pertolongan telah diorganisasikan “untuk melakukan setiap pekerjaan yang baik dan murni.”3

Penglibatan di dalam Lembaga Pertolongan membesarkan lingkungan pengaruh kita dengan memberikan setiap saudari peluang untuk membina iman, menguatkan keluarga dan rumah tangga, dan menyediakan pelayanan di rumah dan seluruh dunia. Mujurlah, usaha kita sebagai individu dan Lembaga Pertolongan tidaklah perlu secara besar-besaran, tetapi haruslah dilakukan secara rela dan berterusan. Amalan-amalan yang soleh seperti doa peribadi dan keluarga setiap hari, pembelajaran tulisan suci selalu, dan mempertingkatkan panggilan Gereja secara berterusan akan membantu menambahkan iman dan membina kerajaan Tuhan.

Kepada para saudari yang tertanya-tanya jika sumbangan yang sekecil ini mampu membuat perubahan, Elder Ballard menegaskan: “Setiap saudari yang berdiri demi kebenaran dan kesolehan menghapuskan pengaruh jahat. Setiap saudari yang menguatkan dan melindungi keluarganya sedang melakukan pekerjaan Tuhan. Setiap saudari yang hidup sebagai seorang wanita Tuhan menjadi sumber cahaya untuk diikuti oleh orang lain dan menyemai benih pengaruh soleh yang akan dituai untuk berabad-abad lamanya.”4

Dari Tulisan Suci

1 Korintus 12:4–18; 1 Timotius 6:18–19; Mosia 4:27; Pasal-pasal Kepercayaan 1:13

Dari Sejarah Kita

Eliza R. Snow, yang telah melayani sebagai setiausaha semasa Lembaga Pertolongan diorganisasikan di Nauvoo, telah dipanggil oleh Presiden Brigham Young (1801–77) untuk pergi ke seluruh Gereja, membantu para uskup mengorganisasikan Lembaga Pertolongan di dalam cabang-cabang Gereja mereka.

Saudari Snow mengajarkan: “Jika terdapat anak-anak perempuan dan para ibu bani Israel yang berasa terhad di dalam lingkungan mereka, sekarang mereka akan menemui banyak peluang dari pelbagai segi kuasa dan kemampuan untuk melakukan kebaikan yang telah dianugerahkan kepada mereka dengan banyaknya. … Presiden Young telah menukar kunci itu menjadi sebuah lingkungan tindakan dan kegunaan yang luas dan besar.”5

Nota

  1. M. Russell Ballard, “Women of Righteousness,” Liahona, Dec. 2002, 39.

  2. Eliza R. Snow, “An Address,” Woman’s Exponent, Sep. 15, 1873, 62.

  3. Eliza R. Snow, “Lembaga Pertolongan Wanita,” Deseret News, 22 April 1868, 81.

  4. M. Russell Ballard, Liahona, Dis. 2002, 39.

  5. Eliza R. Snow, Deseret News, Apr. 22, 1868, 81.

Apa yang Dapat Saya Lakukan?

  1. Bagaimana saya dapat membantu para saudari yang saya kunjungi untuk mengenali dan bertindak di atas kemampuan mereka untuk menjadi pengaruh yang soleh?

  2. Bagaimana saya boleh menggunakan kurniaan dan bakat-bakat saya yang unik untuk memberkati orang lain?