2012
Doa Saya yang Beriman
Februari 2012


Remaja

Doa Saya yang Beriman

Bila saya berusia 18, saya bekerja dalam satu kedai perabot. Jadual kerja saya sangat susah. Saya mula pada pukul 8:00 pagi hingga pukul 10:00 malam, dari hari Isnin hingga hari Sabtu. Saya sedih kerana saya tidak dapat mengambil bahagian dalam institut dan aktiviti Gereja.

Saya mula berdoa kepada Bapa Syurgawi dengan beriman meminta Dia untuk membantu saya mencarikan satu kerja di mana saya tidak perlu bekerja pada hari Sabtu supaya saya dapat menghadiri institut dan aktiviti lain.

Suatu hari di kerja, saya menolong seorang lelaki. Kami mula berbual-bual, dan dia kata dia bekerja di satu bank besar. Saya menanya bagaimana saya boleh bertanding demi satu kerja dalam bidang ini. Dia berikan saya nama dan nombor telefonnya dan beritahu saya bahawa saya boleh menelefon ahli rekrut mereka dan beritahu ahli rekrut itu bahawa saya mengenali dia. Saya pun pergi ke bank itu dan mengambil peperiksaan yang diperlukan. Saya lulus dan mula bekerja enam jam setiap hari dari hari Isnin hingga hari Jumaat, dan upah baru saya adalah tiga kali lebih dari upah lama saya.

Saya tahu bahawa Tuhan membimbing kita bila kita berhasrat untuk meletakkan Dia pada tempat pertama. Dia masih membimbing saya hari ini. Saya tahu bahawa asas doa adalah benar.

Cetak