Pesanan Pengajaran Berkunjung, Februari 2012
Penjaga Keluarga
Pelajarilah pesanan ini dan, sebagaimana sesuai, berbicara mengenainya dengan saudari-saudari yang anda kunjungi.Gunakanlah soalan-soalan yang diberikan untuk menolong anda menguatkan para saudari yang anda ajar dan juga untuk membuat Lembaga Pertolongan suatu bahagian yang giat dalam kehidupan anda.
“Anda penjaga keluarga,” kata Presiden Gordon B. Hinckley (1910–2008) bila dia memperkenalkan “Keluarga: Suatu Perisytiharan Kepada Dunia” dalam pertemuan umum Lembaga Pertolongan pada tahun 1995. “Andalah yang melahirkan anak-anak. Andalah yang mengasuh mereka dan menubuhkan tabiat hidup dalam jiwa mereka. Tidak ada sebarang kerja pun yang dapat mencapai ketuhanan sedekat seperti pengasuhan putera dan puteri Tuhan.”1
Selama 17 tahun, perisytiharan ini sudah memperkukuhkan bahawa tanggungjawab yang paling mustahak berpusat pada memperkuatkan keluarga dan rumah tangga—tidak kira apa pun keadaan kita. Barbara Thompson, sekarang penasihat kedua dalam presidensi umum Lembaga Pertolongan, berada di Salt Lake Tabernacle bila Presiden Hinckley membacakan perisytiharan itu, “Itu satu ketika yang bagus sekali,” dia ingat. “Saya dapat merasa kepentingan pesanan itu. Saya juga berfirkir, ‘Ini adalah satu panduan yang baik bagi para ibubapa. Ia juga satu tanggungjawab yang besar bagi para ibubapa.’ Saya berfikir seketika bahawa perisytiharan itu tidak berkenaan dengan saya kerana saya belum kahwin dan beranak. Tetapi dengan cepatnya saya berfikir, ‘Tetapi ia berkenaan dengan saya. Saya adalah seorang ahli keluarga. Saya seorang anak perempuan, seorang kakak dan adik, seorang makcik, seorang sepupu, seorang anak saudara, dan seorang cucu. Saya mempunyai tanggungjawab—dan berkat—kerana saya seorang ahli keluarga. Jika saya hanya ahli keluarga saya yang masih hidup, saya masih seorang ahli keluarga Tuhan, dan saya mempunyai tanggungjawab untuk membantu demi memperkuatkan keluarga-keluarga lain.”
Mujurnya, kita bukan bersendirian dalam usaha kita. “Bantuan yang paling besar,” kata Sister Thompson, “dalam usaha kita untuk memperkuatkan keluarga adalah untuk mengetahui dan mengikut ajaran-ajaran Kristus dan bergantung pada Dia untuk menolong kita.’”2
Dari Tulisan Suci
Amsal 22:6; 1 Nefi 1:1; 2 Nefi 25:26; Alma 56:46–48; Ajaran dan Perjanjian 93:40
Dari Sejarah Kita
“Bila Sister Bathsheba W. Smith melayan sebagai presiden umum Lembaga Pertolongan keempat [dari tahun 1901 hingga 1910], dia menampak satu keperluan untuk memperkuatkan keluarga, dan dia pun memulakan pelajaran pendidikan ibu untuk para saudari Lembaga Pertolongan. Pelajaran-pelajaran itu termasuk nasihat tentang perkahwinan, penjagaan pranatal, dan pengasuhan anak-anak. Pelajaran-pelajaran itu menyokong pengajaran Presiden Joseph F. Smith tentang Lembaga Pertolongan membantu para wanita dengan peranan mereka dalam rumah:
“‘Di mana adanya kejahilan atau kekurangan kefahaman mengenai keluarga, tugas-tugas keluarga, dan kewajiban yang harus wujud dan wujud di antara suami dan isteri serta di antara ibubapa dan anank-anak, di situ organisasi ini wujud atau berdekatan, dan melalui kurnia rohani dan inspirasi yang natural yang dimiliki oleh organisasi ini mereka disediakan dan siap untuk membekalkan arahan mengenai tugas-tugas yang penting itu.’”3
© 2012 by Intellectual Reserve, Inc. Hak cipta terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/11. Kelulusan terjemahan: 6/11.Terjemahan Visiting Teaching Message, February 2012. Malay. 09764 348