2012
Mengimbau Mereka untuk Berdoa
Februari 2012


Pesanan Presidensi Utama, Februari 2012

Mengimbau Mereka untuk Berdoa

Bila saya seorang kanak kecil, ibubapa saya mengajar saya untuk berdoa dengan teladan mereka. Saya menggambarkan dalam fikiran saya bahawa Bapa Syurgawi sangat jauh dari saya. Semasa saya menjadi matang, pengalaman doa saya berubah. Gambar dalam fikiran saya menjadi seorang Bapa Syurgawi yang dekat, yang diselubungi oleh satu sinaran yang terang, dan Dia mengetahui saya dengan sempurna.

Perubahan ini datang semasa saya memperolehi satu kesaksian yang pasti bahawa laporan Joseph Smith tentang pengalamannya pada tahun 1820 di Manchester, New York adalah benar:

“Aku melihat seberkas tiang cahaya persis di atas kepalaku, melebihi kecermelangan matahari, yang turun secara bertahap sampai jatuh ke atas diriku.

“Segera setelah itu tampak aku mendapati diriku dibebaskan dari musuh yang mengekangku. Ketika cahaya itu berhenti di atas diriku aku melihat dua Sosok, yang kecermelangan dan kemuliaan Mereka tak teruraikan, berdiri di atas diriku di udara. Salah seorang dari Mereka berfirman kepadaku, memanggilku dengan nama dan berfirman, menunjuk kepada yang lain—Inilah Putera Terkasihku. Dengarlah Dia!” (Joseph Smith—Sejarah 1:16–17).

Bapa Syurgawi berada dalam dusun itu pada hari musim bunga yang indah itu. Dia memanggil Joseph Smith dengan namanya. Dan Dia memperkenalkan Juruselamat dunia ini yang sudah bangkit sebagai “Putera TerkasihNya”. Tak kira di mana dan pada masa apa pun anda berdoa, kesaksian anda tentang kenyataan pengalaman yang gemilang ini akan memberkat anda.

Kita berdoa kepada Bapa yang mulia yang menciptakan dunia-dunia melalui Putera TerkasihNya. Dia mendengar doa kita seperti Dia mendengar doa Joseph—sejelas seolah-olah kita berdoa dalam hadiranNya. Dia menyayangi kita sampai Dia memberikan kita PuteraNya sebagai Juruselamat kita. Kerana kurnia ini, Dia membolehkan kita untuk memperolehi hidup kekal. Dan Dia berikan kita satu peluang untuk berkomunikasi dengan Dia dalam hidup ini sekerap kali kita pilih, melalui doa dalam nama PuteraNya.

Pemegang imamat dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir memiliki keyakinan yang kudus untuk “mengunjungi rumah masing-masing anggota, dan mengimbau mereka untuk berdoa dengan bersuara dan secara rahsia” (A&P 20:47; penekanan ditambahkan).

Adanya banyak cara untuk mengimbau seseorang untuk berdoa. Sebagai contoh, kita boleh memberi kesaksian bahawa Tuhan memerintah kita untuk selalu berdoa, atau kita boleh menghuraikan contoh-contoh dari kitab suci dan dari pengalaman peribadi kita tentang berkat-berkat yang datang dari doa kesyukuran, doa permintaan, dan doa pertanyaan. Contohnya, saya boleh bersaksi bahawa Bapa Syurgawi menjawab doa kita. Saya sudah menerima arahan dan keselesaan dari kata-kata yang datang ke akal saya, dan saya tahu melalui Roh bahawa kata-kata itu datang dari Tuhan.

Nabi Joseph Smith memperoleh pengalaman begitu, dan anda boleh juga. Dia menerima jawapan kepada doanya yang ikhlas:

“PuteraKu, kedamaian bagi jiwamu;kemalanganmu dan kesengsaraanmu akan terjadi hanya sesaat;

“Dan kemudian, jika engkau bertahan di dalamnya dengan baik, Tuhan akan mempermuliakan engkau di tempat yang tinggi” (A&P 121:7–8).

Ini adalah wahyu dari seorang Bapa yang penyayang kepada seorang putera yang beriman yang sengsara. Setiap anak Tuhan boleh berkomunikasi dengan Dia melalui doa. Perasaan kasih sayang dan cahaya yang datang kepada saya sebagai jawapan kepada doa yang rendah hati mempunyai kesan yang hebat ke atas saya melebihi sebarang galakan untuk berdoa.

Kita memperolehi satu kesaksian tentang sebarang perintah Tuhan dengan mematuhi perintah itu (lihat Yohanes 7:17). Ini adalah benar bagi perintah bahawa kita berdoa secara bersuara atau secara rahsia. Sebagai guru dan sahabat anda, saya berjanji bahawa Tuhan akan menjawab doa anda dan melalui kuasa Roh Kudus, anda boleh mengetahui secara diri sendiri bahawa jawapan datang dari Dia.

Mengajar dari Pesanan Ini

  • “Gambar-gambar adalah alat yang bernilai untuk memperkuatkan idea utama satu pelajaran” (Teaching, No Greater Call [1999], 176). Tunjukkan satu gambar Joseph Smith atau gambar Penglihatan Pertama. Berbincang tentang pengalaman doa Joseph Smith. Bagaimana doa anda boleh menjadi lebih bererti jika anda menggambarkan “Bapa Syurwawi … yang dekat,” seperti Presiden Eyring?

  • Seperti yang dicadangkan oleh Presiden Eyring, bertimbang untuk mengongsikan kesaksian anda tentang doa, huraikan berkat-berkat yang sudah anda terima dari doa, atau mengongsikan ayat-ayat suci tentang doa.