2012
Dipimpin oleh seorang Nabi Hidup
Mac 2012


Remaja

Dipimpin oleh seorang Nabi Hidup

Bila saya berumur 16, saya berpeluang untuk menghadiri persidangan umum buat kali pertama. Keluarga saya mendiami di Oregon barat, USA, dan kami memandu kereta ke Utah untuk menghadiri persidangan dan untuk menghantarkan abang saya pada pusat latihan mubaligh.

Saya pergi ke persidangan dengan satu hasrat untuk diajar oleh Roh Kudus. Sebagai akibatnya, saya menerima satu pernyataan dari Roh yang mungkin tidak dapat saya terima jika saya tidak sedia.

Semasa salah satu sesi, semua orang berdiri dan menyanyikan lahu rohani jemaah, “Guide Us, O Thou Great Jehovah.” Semasa kami menyanyi, satu impresi yang jelas datang kepada saya untuk memandang sekitar Pusat Persidangan. Saya buat demikian dan dipengaruh oleh kuasa kesatuan dari beribu-ribu orang di situ semasa kami menyanyi untuk memuji Tuhan.

Dan saya mempunyai satu pengalaman di mana saya berasa seperti Nefi bila dia menampak penglihatan pokok kehidupan, kerana Roh berucap kepada saya, “Lihatlah” ( Lihat1 Nefi 11–14). Saya memandang ke Presiden Thomas S. Monson dan berasa bahawa kesatuan Gereja wujud kerana kita dibimbing oleh seorang nabi yang hidup. Melalui kesaksian Roh Kudus, saya tahu bahawa Presiden Monson adalah nabi yang benar bagi zaman kita, dan saya tahu bahawa Yesus Kristus memimpin GerejaNya melalui nabi.