2012
Anak-anak Perempuan dalam Kerajaan Saya
Mac 2012


Mesej Pengajaran Berkunjung, Mac 2012

Anak-anak Perempuan dalam Kerajaan Saya

Pelajarilah pesanan ini dan, sebagaimana sesuai, berbicara mengenainya dengan saudari-saudari yang anda kunjungi. Gunakanlah soalan-soalan yang diberikan untuk menolong anda menguatkan para saudari yang anda ajar dan juga untuk membuat Lembaga Pertolongan suatu bahagian yang giat dalam kehidupan anda.

Iman, Keluarga, Pertolongan

Kita anak-anak perempuan Bapa Syurgawi kita. Dia mengenali kita, menyayangi kita, dan mempunyai satu rancangan bagi kita. Sebahagian dari rancangan itu termasuk datang ke bumi ini untuk belajar memilih kebaikan dan kejahatan. Bila kita memilih untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan, kita menghormati Dia dan mengiktirafkan identiti kita sebagai anak-anak perempuan Tuhan. Lembaga Pertolongan menolong kita untuk mengingatkan pusaka ilahi ini.

Lembaga Pertolongan dan sejarahnya memperkuatkan dan menyokong kita. Julie B. Beck, presiden umum Lembaga Pertolongan, berkata: “Sebagai anak-anak perempuan Tuhan, anda bersedia demi jawatan abadi, dan anda masing-masing memiliki identiti, sifat semula jadi, dan tanggungjawab wanita. Kejayaan keluarga, komuniti, Gereja ini, dan rancangan penyelamatan yang berharga bergantung pada iman anda. … [Bapa Syurgawai] kita menubuhkan Lembaga Pertolongan demi tujuan untuk menolong membina umatNya dan menyediakan mereka demi berkat bait suci. Dia menubuhkan [Lembaga Pertolongan] untuk menjajarkan anak-anak perempuanNya dengan kerjaNya dan untuk menugaskan mereka untuk menolong membina kerajaanNya dan memperkukuhkan rumah tangga di Sion.”1

Bapa Syurgawi kita sudah memberikan kita kerja tertentu untuk menolong membina kerajaanNya. Dia juga sudah memberkat kita dengan kurnia rohani yang kita perlukan untuk mencapai kerja itu. Melalui Lembaga Pertolongan, kita bersempatan untuk menggunakan kurnia kita untuk memperkuatkan keluarga, untuk menolong mereka yang berkeperluan, dan untuk belajar cara untuk hidup sebagai pengikut-pengikut Yesus Kristus.

Presiden Dieter F. Uchtdorf, Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama, berucap tentang penganutan: “Dengan berjalan pada jalan penganutan dengan hati yang sabar, kita menunjukkan kepada diri sendiri ketingkatan iman kita dan kerelaan kita untuk menerima kehendak Tuhan dan bukan kehendak diri sendiri.”2

Marilah kita mengingati bahawa kita adalah anak-anak perempuan Tuhan dan berusaha untuk hidup sebagai pengikut-pengikutNya. Bila kita buat demikian, kita akan menolong untuk membina kerajaan Tuhan pada bumi ini dan menjadi layak untuk kembali ke hadiranNya.

Dari Tulisan Suci

Zakharia 2:10; Ajaran dan Perjanjian 25:1, 10, 16; 138:38–39, 56; “Keluarga: Satu Perisytiharaan Kepada Dunia” (Liahona dan Ensign, Nov.2010, 129)

Dari Sejarah Kita

Pada hari bulan April 28, 1842, Nabi Joseph Smith berucap kepada para saudari dalam Lembaga Pertolongan: “Anda sekarang diletakkan dalam satu situasi di mana anda boleh bertindak menurut perasaan-perasaan yang sudah ditanam oleh Tuhan dalam [jiwa anda]. … Jika anda hidup mengikut hak istimewa anda, para malaikat tidak dapat ditahan dari menjadi rakan-rakan anda.”3

Mengenali kuasa Lembaga Pertolongan untuk melayan orang lain dan untuk membantu individu meningkatkan iman, Zina D. H. Young, presiden umum Lembaga Pertolongan ketiga, menjanjikan para saudari pada tahun 1893, “Jika anda mencari-carikan dalam hati anda, anda akan mendapati, dengan bantuan Roh Tuhan, satu mutiara yang sangat berharga, satu kesaksian tentang kerja ini.”4

Nota

  1. Julie B. Beck, “Daughters in My Kingdom’: The History and Work of Relief Society,” Liahona, Nov. 2010, 112, 114.

  2. Dieter F. Uchtdorf, “The Way of the Disciple,” Liahona, Mei 2009, 76.

  3. Joseph Smith, History of the Church, 4:605.

  4. Zina D. H. Young, “How I Gained My Testimony of the Truth,” Young Woman’s Journal, Apr. 1893, 319.

Apa yang Dapat Saya Lakukan?

  1. Bagaimana saya boleh menolong para saudari saya untuk mencapai potensi mereka sebagai anak-anak perempuan Tuhan?

  2. Bagaimana saya boleh mengaplikasikan nasihat dan amaran yang diberikan kepada para wanita dalam Ajaran dan Perjanjian 25 dalam hidup saya?