Pesanan Presidensi Utama, Mac 2012
Mengapa Kita Perlukan Nabi-nabi?
Kerana Bapa Syurgawi menyayangi anak-anakNya, Dia tidak meninggalkan mereka untuk berjejak kaki dalam hidup fana ini tanpa arahan dan bimbingan. Pengajaran Bapa Syurgawi kita bukan biasa, tidak dapat diramalkan, dan bukan buku yang sederhana yang boleh anda beli dari kedai buku. PengajaranNya adalah ilmu dari seorang yang selestial yang maha kuasa, yang mengetahui segala-gala, yang menyayangi anak-anakNya. FirmanNya mengandungi rahsia yang terpenting—kunci kepada kegembiraan dalam hidup ini dan dalam dunia yang akan datang.
Bapa Syurgawi mewahyukan kebijaksanaan ini kepada anak-anakNya pada bumi ini melalui hambaNya para nabi (lihat Amos 3:7). Semenjak hari Adam, Tuhan sudah berfirman dan menasihat kepada orang lain melalui wahyu kepada orang yang dipilihNya. Para nabi adalah pengajar yang berilham dan saksi istimewa Yesus Kristus (lihat A&P 107:23). Para Nabi tidak hanya berucap kepada orang pada zaman mereka, tetapi mereka juga berucap kepada orang dari semua zaman. Kata-kata mereka adalah sama pada zaman lalu dan zaman akan datang sebagai kesaksian tentang keinginan Tuhan kepada anak-anakNya.
Hari ini tidak berbeza dari zaman lalu. Tuhan sayang orang pada zaman kita sebanyak dia menyayangi orang zaman lalu. Salah satu pesanan yang mulia tentang Pemulihan Gereja Yesus Kristus adalah bahawa Tuhan terus berfirman kepada anak-anakNya! Dia tidak tersembunyi dalam syurga tetapi Dia berucap hari ini seperti yang telah Dia lakukan pada zaman purba.
Kebanyakan perkara yang diwahyu oleh Tuhan kepada para nabiNya bertujuan untuk mengelakkan kesedihan untuk menjatuh ke atas kita dan ke atas masyarakat. Bila Tuhan berfirman, Dia berfirman untuk mengajar, mengilhamkan, dan memberi amaran kepada anak-anakNya. Bila individu dan masyarakat tidak mempedulikan arahan Bapa Syurgawi, mereka membahayakan diri mereka dan akan menemui cubaan, kesengsaraan, dan keberatan.
Tuhan menyayangi semua anak-anakNya. Inilah sebabnya Dia merayu kepada kita dengan bersungguh-sungguhnya melalui para nabiNya. Seperti kita inginkan yang paling baik bagi orang yang kita kasihi, Bapa Syurgawi inginkan yang paling baik bagi kita. Inilah sebabnya arahanNya adalah penting dan kadang kala cemas. Inilah sebabnya Dia belum meninggalkan kita pada hari ini tetapi terus mewahyukan keinginanNya melalui para nabiNya. Takdir kita dan takdir dunia kita bergantung pada kedengaran dan pematuhan kita terhadap kata-kata yang diwahyu Tuhan kepada anak-anakNya.
Arahan Tuhan kepada manusia yang sangat berharga boleh didapati dalam Alkitab, Kitab Mormon, Ajaran dan Perjanjian, dan Mutiara yang Sangat Berharga. Sebagai tambahan, Tuhan berfirman kepada kita melalui para hambaNya, seperti yang akan Dia lakukan lagi dalam persidangan umum yang akan datang.
Kepada mereka yang tertanya-tanya sama ada perkara ini adalah benar—mungkin menanya soalan ini, “Mungkinkah Tuhan berfirman kepada kita hari ini?”—dengan segala hati saya, saya menjemput anda untuk “marilah lihat” (Yohanes 1:46). Bacakan kata-kata Tuhan yang didapati dalam kitab-kitab suci. Dengarkanlah persidangan umum dengan telinga yang rela untuk mendengar suara Tuhan, melalui para nabi zaman akhirNya. Marilah dengar dan lihat dengan hati anda! Dan jika anda “bertanya dengan hati yang tulus, dengan maksud yang sungguh-sungguh, memiliki iman kepada Kristus, [Tuhan] akan menyatakan kebenaran darinya kepadamu, melalui kuasa Roh Kudus” (Moroni 10:4). Dengan dan melalui kuasa ini, saya tahu bahawa Yesus Kristus hidup dan membimbing GerejaNya melalui seorang nabi yang hidup, iaitu Presiden Thomas S. Monson.
Saudara dan saudari, Tuhan berfirman kepada kita pada hari ini. Dan Dia inginkan semua anak-anakNya mendengari dan mematuhi suaraNya. Bila kita berbuat demikian, Tuhan akan memberkat dan menyokong kita dengan hebatnya, dalam hidup ini sampai dunia yang akan datang.
© 2012 by Intellectual Reserve, Inc. Hak cipta terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/11. Kelulusan terjemahan: 6/11. Terjemahan First Presidency Message, March 2012. Malay. 10363 348