Remaja
Berterima Kasih kepada Guru Sekolah Hari Ahad Saya
Kelas Sekolah Hari Ahad saya tidak sentiasa takzim. Saya suka mendengar pengajaran setiap minggu, tetapi ada masanya orang lain dalam kelas saya tidak ternampak begitu. Mereka selalu berbual-bual atau memain permainan elektronik bila guru kami cuba mengajar kami. Malangnya, kadang-kala saya sebahagian masalah itu.
Pada satu hari Ahad kami lebih teruk dari biasa, dan sampai ketamatan kelas, guru kami menangis kerana tiada ada seorang pun hendak mendengari pengajarannya. Semasa kami meninggalkan kelas, saya berasa sedih bagi guru itu.
Pada minggu seterusnya, guru kami menjelaskan bahawa dia sudah banyak berdoa sepanjang minggu itu, mencarikan bimbingan, dan dia menyedari bahawa dia perlu menunjukkan kami satu wayang Gereja. Dia mulakan wayang itu, yang mengenai hidup Yesus Kristus dan mukjizat yang Dia lakukan.
Bila saya merenung tentang wayang itu pada malam itu, saya berasa sesuatu yang berbeza. Tiba-tiba saya menyedari bahawa saya berasa Roh, lebih dari yang pernah saya rasai. Dengan segeranya saya berputus bahawa saya hendak membuatkan perubahan dalam hidup saya untuk menjadi lebih seperti Juruselamat, dan saya menyedari bahawa pengalaman pada Sekolah Hari Ahad hari itu memperkuatkan kesaksian saya. Saya bersyukur kepada guru Sekolah hari Ahad saya dan segala yang dia lakukan untuk kelas kami setiap minggu.