Pesanan Presidensi Utama, Jun 2012
Dipanggil oleh Tuhan dan Didukung oleh Orang
Sebagai ahli-ahli Gereja, kita selalu dijemput untuk mendukung orang dalam panggilan untuk melayan. Banyak tahun lalu seorang pelajar yang berumur 18 tahun menunjukkan saya apakah ertinya untuk mendukung hamba-hamba Tuhan. Saya masih diberkat oleh teladannya yang rendah hati.
Dia baru memulakan tahun pertama di universiti. Dia dibaptiskan kurang daripada satu tahun sebelum dia meninggal rumah dan bermula pengajarannya di universiti yang besar itu. Saya melayan sebagai uskupnya di situ.
Pada permulaan tahun itu, saya menemuduga dia dengan ringkasnya dalam pejabat uskup. Saya mengingat sedikit tentang perbualan pertama itu kecuali dia berucap tentang cabaran-cabarannya di suatu tempat baru, tetapi saya tidak akan melupakan perbualan kami yang kedua.
Dia meminta untuk berjumpa dengan saya dalam pejabat saya. Saya berasa hairan bila dia berkata, “Bolehkah kita berdoa bersama, dan bolehkah saya mengucapkan doa itu?” Saya hampir-hampir hendak berkata bahawa saya sudah berdoa dan harapkan dia sudah buat demikian juga. Sebaliknya saya bersetuju.
Dia memulakan doanya dengan satu kesaksian bahawa dia tahu uskup dipanggil oleh Tuhan. Dia meminta Tuhan untuk memberitahu saya tentang perkara yang harus dia lakukan yang akan mendatangkan akibat rohani yang besar. Pemuda itu memberitahu Tuhan dia berasa pasti bahawa uskup sudah mengetahui keperluan-keperluannya dan akan berikan dia nasihat yang dia perlu dengar.
Semasa dia berdoa, kebahayaan-kebahayaan tertentu datang ke minda saya. Nasihat itu mudah sahaja tetapi ia diberikan dengan jelasnya: selalu berdoa, mematuhi perintah-perintah, dan jangan takut.
Pemuda itu, hanya ahli Gereja selama satu tahun, mengajar saya dengan teladannya tentang perkara yang boleh Tuhan lakukan dengan seorang pemimpin bila pemimpin itu didukung oleh iman dan doa dari mereka yang dia dipanggil untuk memimpin. Pemuda itu menunjukkan saya tentang kuasa undang persetujuan umum dalam Gereja (lihat A&P 26:2). Walaupun Tuhan memanggil hamba-hamba-Nya melalui wahyu, mereka hanya boleh berfungsi selepas didukung oleh orang yang mereka dipanggil untuk melayan.
Dengan undi dukungan kita, kita buat perjanjian yang serius. Kita berjanji untuk berdoa demi hamba-hamba Tuhan dan supaya Dia akan memimpin dan memperkuatkan mereka (lihat A&P 93:51). Kita bersumpah bahawa kita akan mencarikan dan berharap untuk berasa ilham dari Tuhan dalam nasihat mereka dan bila-bila pun mereka bertindak dalam panggilan mereka (lihat A&P 1:38).
Perjanjian itu perlu selalu diperbaharui dalam hati kita. Guru Sekolah Hari Ahad anda akan cuba untuk mengajar dengan Roh, tetapi seperti anda, guru anda mungkin boleh buat kesilapan di hadapan kelas. Tetapi, anda boleh berputus dan mencarikan saat-saat bila anda boleh berasa ilham sudah datang. Akhirnya anda akan memerhati lebih kurang kesilapan dan lebih banyak bukti-bukti bahawa Tuhan mendukung guru itu.
Bila kita menaikkan tangan untuk mendukung seseorang, kita buat komitmen untuk bekerja demi apa-apa tujuan Tuhan orang itu dipanggil untuk mencapai. Bila anak-anak kami masih kecil, isteri saya dipanggil untuk mengajar kanak-kanak kecil dalam bahagian kami. Saya tidak hanya menaikkan tangan untuk mendukung dia, tetapi saya juga berdoa bagi dia dan memintakan kebenaran untuk menolong dia. Pelajaran-pelajaran yang saya terima tentang penghargaan terhadap perkara yang dilakukan oleh para wanita dan tentang kasih sayang Tuhan terhadap kanak-kanak masih memberkati kehidupan keluarga saya dan kehidupan saya.
Baru-baru ini saya berucap dengan pemuda itu yang mendukung uskupnya banyak tahun lalu. Saya belajar bahawa Tuhan dan ahli Gereja sudah mendukungnya dalam panggilannya sebagai seorang mubaligh, seorang presiden pancang, dan seorang bapa. Dia berkata pada akhir perbualan kami, “Saya masih berdoa bagi anda.”
Kita boleh berazam untuk berdoa setiap hari bagi seseorang yang dipanggil oleh Tuhan untuk melayan kita. Kita boleh mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang sudah memberkat kita dengan pelayanannya. Kita boleh menyumbang bila seseorang yang kita sudah dukung mintakan sukarelawan.1
Mereka yang menyokong para hamba Tuhan dalam kerajaan-Nya akan didukung oleh kuasa-Nya yang tiada banding. Kita semua perlukan berkat itu.
© 2012 oleh Intellectual Reserve, Inc. Hak cipta terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/11. Kelulusan Terjemahan: 6/11. Terjemahan First Presidency Message, June 2012. Malay. 10366 348