Pesanan Pengajaran Berkunjung, Jun 2012
Pengajaran Berkunjung— satu Tugas yang Kudus
Pelajarilah pesanan ini secara penuh doa dan, sebagaimana sesuai, berbincang mengenainya dengan saudari yang anda kunjungi.Gunakan soalan-soalan yang di bawah untuk menolong menguatkan para saudari yang anda ajar dan membuat Lembaga Pertolongan sebahagian giat dalam hidup anda sendiri.
Sebagai para pengajar berkunjung, kita mempunyai satu misi rohani yang penting untuk ditunaikan. “Uskup, seorang gembala bahagian yang ditahbiskan, tidak mampu menjaga semua domba Tuhan pada satu masa yang sama. Dia bergantung pada para pengajar berkunjung yang berilham untuk menolong dia.”1 Adalah penting untuk mencarikan dan menerima wahyu tentang siapakah yang harus ditugaskan untuk mengawasi setiap saudari.
Inspirasi bermula bila ahli-ahli presidensi Lembaga Pertolongan berbincang dengan berdoa tentang keperluan-keperluan individu dan keluarga. Kemudian, dengan keizinan uskup, presidensi Lembaga Pertolongan memberikan tugas itu dalam cara yang dapat menolong para saudari untuk memahami bahawa pengajaran berkunjung adalah satu tanggungjawab kerohanian yang penting.2
Dengan ikhlasnya para pengajar berkunjung dapat mengenali dan mengasihi setiap saudari, menolong dia untuk memperkuatkan imannya, dan memberi pelayanan bila perlu. Mereka mencarikan inspirasi peribadi untuk mengetahui cara untuk membalas terhadap keperluan rohani dan keperluan jasmani setiap saudari yang mereka kunjungi.3
“Pengajaran berkunjung menjadi kerja Tuhan bila kita berfokus pada individu dan bukan peratusan. Dalam realiti, pengajaran berkunjung tidak akan habis. Ia adalah satu cara hidup dan bukan satu tugas.”4
Dari Tulisan Suci
Dari Sejarah Kita
Eliza R. Snow, presiden Lembaga Pertolongan kedua mengajar, “Saya menimbangkan jawatan seorang pengajar satu jawatan yang tinggi dan kudus.” Dia menasihati para pengajar berkunjung “untuk dipenuhi dengan Roh Tuhan, dengan kebijaksanaan, dengan kerendahan hati, dengan kasih sayang” sebelum mereka mengunjung rumah saudari supaya boleh menentukan dan menemui keperluan-keperluan rohani dan keperluan-keperluan jasmani. Dia berkata, “Anda mungkin diilham untuk mengucapkan kata-kata yang damai dan menyenangkan, dan jika anda mendapati seorang saudari yang berasa sejuk, peganglah dia ke hati anda seperti anda memeluk seorang kanak-kanak ke dada anda untuk memanaskannya.”5
Bila kita bermaju depan dengan beriman seperti para saudari Lembaga Pertolongan zaman awal, Roh Kudus akan bersama kita dan kita akan diilhamkan untuk mengetahui cara untuk menolong setiap saudari yang kita kunjungi. “Biarlah [kita] mencarikan kebijaksanaan dan bukan kuasa,” kata Sister Snow, “dan [kita] akan memiliki kuasa yang dapat [kita] lakukan dengan kebijaksanaan.”6
© 2012 oleh Intellectual Reserve, Inc. Hak cipta terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/11. Kelulusan Terjemahan: 6/11. Terjemahan Visiting Teaching Message, June 2012. Malay. 10366 348