Pesanan Presidensi Utama, Julai 2012
Selalu Berada di Tengah-tengah
Menurut banyak kalendar dunia, Julai menandakan tengah tahun. Permulaan dan pengakhiran selalu dirayakan dan diingatkan, perkara yang berada di tengah-tengah biasanya tidak diberikan perhatian.
Permulaan adalah masa untuk membuat resolusi, untuk mencipta rancangan, untuk letupan tenaga. Pengakhiran adalah masa untuk tamat dan mungkin melibatkan perasaan pelengkapan atau kehilangan. Tetapi dengan pandangan yang betul, menimbang bahawa kita berada di tengah-tengah sesuatu hal boleh menolong kita untuk memahami hidup ini dengan lebih baik dan juga untuk berhidup dengan lebih bererti.
Di Tengah-tengah Kerja Mubaligh
Bila saya berucap kepada para mubaligh muda kita, saya selalu memberitahu mereka bahawa mereka berada di tengah-tengah misi mereka. Sama ada mereka baru sampai hari kelmarin atau akan pulang hari besok, saya menjemput mereka untuk memikirkan bahawa mereka selalu di tengah-tengah misi.
Para mubaligh yang baru mungkin berasa mereka tidak berpengalaman untuk menjadi berkesan, dan mereka juga menunda untuk berucap dan bertindak dengan keyakinan dan keberanian. Para mubaligh yang berpengalaman mungkin berasa sedih bahawa misi mereka hampir tamat, atau mereka mungkin memperlahankan usaha mereka bila mereka mempertimbangkan perkara yang akan mereka lakukan selepas misi mereka.
Walau apapun keadaan mereka dan manapun mereka melayan, sebenarnya para mubaligh Tuhan menaman benih khabar gembira yang tidak dapat dibilang setiap hari. Memikir bahawa mereka selalu di tengah-tengah misi mereka akan memberanikan dan mentenagakan wakil-wakil Tuhan yang beriman. Ini benar bagi para mubaligh sepenuh masa, dan benar bagi kita semua juga.
Kita Selalu Berada di Tengah-tengah
Perubahan perspektif ini lebih dari satu muslihat akal. Adanya kebenaran yang sublim tentang idea bahawa kita selalu berada di tengah-tengah . Jika kita lihat lokasi kita pada satu peta, kita akan digoda untuk berkata bahawa kita berada pada satu permulaan. Tetapi jika kita lihat dengan lebih teliti, lokasi kita adalah di tengah-tengah satu tempat yang lebih besar.
Seperti ruang, ini juga benar untuk masa. Kita mungkin berasa kita berada pada permulaan atau pengakhiran hidup kita, tetapi bila kita lihatkan lokasi kita dalam konteks keabadian—bila kita sedar bahawa roh kita wujud untuk masa yang tidak dapat kita ukur dan, kerana pengorbanan dan Penebusan Yesus Kristus yang sempurna, bahawa jiwa kita akan wujud buat keabadian—kita boleh mengenali bahawa kita benar-benarnya di tengah-tengah.
Baru-baru ini saya berasa tertekan untuk membina semula nisan kubur ibu bapa saya. Kubur itu sudah tua, dan saya berasa satu nisan yang baru adalah lebih cocok bagi hidup mereka yang layak diteladani. Bila saya nampak tarikh lahir dan tarikh mati pada nisan yang dihubung oleh tanda sempang yang tidak penting, lambang kecil ini memenuhkan minda dan hati saya dengan memori yang berlimpah-limpah dan kaya. Setiap memori yang amat berharga ini menggambarkan waktu di tengah-tengah hidup ibu bapa saya dan hidup saya.
Walau berapapun usia kita, manapun lokasi kita, dan bilapun hal-hal terjadi dalam hiup kita, kita selalu berada di tengah-tengah. Dan lebihnya, kita akan berada di tengah-tengah buat selama-lamanya.
Harapan untuk Berada di Tengah-tengah
Ya, memang adanya waktu permulaan dan waktu pengakhiran sepanjang hidup kita, tetapi waktu ini hanya penanda sepanjang jalan di tengah-tengah hidup abadi kita. Sama ada kita berada pada permulaan atau pengakhiran, sama ada kita muda atau tua, Tuhan boleh gunakan kita demi tujuan-Nya jika kita menyingkirkan fikiran yang menghadkan upaya kita untuk melayan dan mengikut keinginan-Nya untuk membentuk hidup kita.
Dalam Mazmur tertulis bahawa, “Inilah hari kemenangan Tuhan; marilah kita rayakannya dengan gembira” (Mazmur 118:24). Amulek memperingatkan kita bahawa “Kehidupan ini adalah waktu bagi manusia untuk bersiap menemui Tuhan; ya, lihatlah masa kehidupan ini adalah masa bagi manusia untuk melaksanakan kerja mereka” (Alma 34:32; tekanan ditambahkan). Dan seorang penyajak mengatakan, “Keabadian—terdiri daripada banyak Masa Sekarang.”1
Selalu berada di tengah-tengah bermaksud permainan ini tidak akan tamat, harapan tidak akan hilang, dan kekalahan bukan muktamad. Walau manapun kita berada atau apapun keadaan kita, permulaan dan pengakhiran yang berlangsungan masih di hadapan kita.
Kita Selalu Berada di Tengah-tengah
© 2012 oleh Intellectual Reserve, Inc. Hak cipta terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/11 Kelulusan Terjemahan: 6/11. Terjemahan First Presidency Message, July 2012. Malay. 10367 348