Pesanan Pengajaran Berkunjung, Julai 2012
Menunjukkan Penganutan Kita Melalui Kasih Sayang dan Pelayanan
Pelajarilah pesanan ini secara penuh doa dan, sebagaimana sesuai, berbincang mengenainya dengan saudari yang anda kunjungi.Gunakan soalan-soalan yang di bawah untuk menolong menguatkan para saudari yang anda ajar dan membuat Lembaga Pertolongan sebahagian giat dalam hidup anda sendiri.
Sepanjang kehidupan fana-Nya, Yesus Kristus menunjukkan kasih sayang-Nya terhadap orang lain dengan melayani mereka. Dia berkata, “Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamu pengikut-pengikut-Ku” (Yohanes 13:35). Dia memberikan teladan dan inginkan kita untuk “menyokong mereka yang berada dalam kebutuhan akan kesokongan [kita]” (Mosia 4:16). Dia memanggil pengikut-pengikut-Nya untuk bekerja bersama Dia dalam pelayanan-Nya, berikan mereka peluang untuk melayan orang lain dan menjadi lebih seperti Dia.1
Pelayanan kita sebagai para pengajar berkunjung akan lebih merupakan pelayanan Juruselamat kita bila kita menunjukkan kasih sayang kita terhadap mereka yang kita kunjungi dengan melakukan perkara-perkara berikut:2
-
Ingatkan nama mereka dan nama ahli-ahli keluarga mereka dan menjadi biasa dengan mereka.
-
Mengasihi mereka tanpa menghakimkan mereka.
-
Mengawasi mereka dan memperkuatkan iman mereka “satu demi satu,” seperti yang dilakukan oleh Juruselamat (3 Nefi 11:15).
-
Tubuhkan kesahabatan yang ikhlas dengan mereka dan kunjungi mereka dalam rumah mereka serta tempat lain.
-
Mengambil berat tentang setiap saudari. Ingatkan hari jadi, pengijazahan, perkahwinan, pembaptisan, atau hari lain yang bererti bagi dia.
-
Menghulurkan tangan kepada para ahli yang baru dan tidak aktif.
-
Menghulurkan tangan kepada mereka yang sunyi atau yang memerlukan kesenangan hati.
Dari Tulisan Suci
Dari Sejarah Kita
“Perjanjian Baru termasuk catatan tentang para wanita, sama ada nama mereka disebutkan atau tidak, yang melakukan iman mereka kepada Yesus Kristus. … Para wanita ini menjadi pengikut-pengikut yang layak diteladani. … [Mereka] berjalan bersama Yesus dan Dua Belas Rasul-Nya. Mereka berikan benda mereka untuk menolong dalam pelayanan-Nya. Selepas kematian dan Kebangkitan-Nya, [mereka] terus menjadi para pengikut yang beriman.”3
Paulus menulis tentang seorang wanita yang bernama Febe, yang “membantu jemaah” (Roma 16:1). Dia minta orang ramai untuk “bantulah dia, jika dia memerlukan bantuan daripada kamu, kerana dia sudah membantu banyak orang” (Roma 16:2). “Pelayanan yang diberikan oleh Febe dan wanita lain dari Perjanjian Baru masih berterusan hari ini dengan para ahli Lembaga Pertolongan—para pemimpin, para pengajar berkunjung, para ibu, dan wanita lain—yang berlayan sebagai bantuan, pertolongan, bagi banyak orang.”4
© 2012 oleh Intellectual Reserve, Inc. Hak cipta terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/11. Kelulusan Terjemahan: 6/11. Terjemahan Visiting Teaching Message, July 2012. Malay. 10367 348