Kanak-Kanak
Keampunan Mendatangkan Kebahagiaan
Presiden Uchtdorf mengajar bahawa kita harus mengampunkan ahli-ahli keluarga kita. Lihatlah bagaimana pilihan Joseph dan Anna mempengaruhi keluarga mereka.
Joseph dan adik perempuannya, Anna, main bersama-sama. Anna merampas alat permainan Joseph. Apakah yang harus Joseph lakukan?
Joseph menjadi marah dengan Anna. Anna menangis. Ibu Joseph mendisplinkannya kerana dia bertengkar dengan adiknya. Joseph menyesal bahawa dia buat satu pilihan yang teruk.
Joseph mengampunkan Anna dan mencarikan satu alat permainan lain. Mereka bermain bersama-sama dengan gembira. Ibu mereka berasa gembira bahawa Joseph berbaik hati terhadap adiknya dan menjaga kedamaian dalam keluarga. Joseph berasa gembira kerana dia memilih untuk mengampun.
Selepas itu, Joseph dan Anna perlu menolong ibu mereka untuk menyediakan makan malam. Joseph tidak menolong. Apakah yang harus Anna lakukan?
Anna bersungut kepada ibunya. Anna membantah tentang melakukan semua kerja secara diri sendiri. Pada masa makan malam, semua orang tidak berasa gembira kerana pertengkaran itu.
Anna mengampunkan Joseph dan menolong untuk menyediakan makan malam. Ibu mereka bersyukur terhadap bantuan Anna. Keluarga mereka menikmati makan malam bersama-sama. Anna berasa baik bahawa dia memilih untuk mengampun.
Bagaimana pilihan anda untuk mengampun mempengaruhi kebahagiaan keluarga anda?