2012
Mentaati Perjanjian-perjanjian Kita
Oktober 2012


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Oktober 2012

Mentaati Perjanjian-perjanjian Kita

Pelajarilah pesanan ini secara penuh doa dan, sebagaimana sesuai, berbincang mengenainya dengan saudari yang anda kunjungi.Gunakan soalan-soalan yang di bawah untuk menolong menguatkan para saudari yang anda ajar dan membuat Lembaga Pertolongan sebahagian giat dalam hidup anda sendiri.

Materai Lembaga Pertolongan

Iman, Keluarga, Pertolongan

Pengajaran berkunjung adalah satu ungkapan penganutan kita dan satu cara untuk mentaati perjanjian-perjanjian kita bila kita melayan dan memperkuatkan satu sama lain. Satu perjanjian ialah satu ikrar yang kudus dan yang bertahanan di antara Tuhan dan anak-anak-Nya. “Bila kita menyedari bahawa kita ialah anak-anak perjanjian, kita tahu tentang siapakah kita dan apakah yang diharapkan dari kita oleh Tuhan,” kata Elder Russell M. Nelson dari Kuorum Dua Belas Rasul. “Hukum-Nya tertulis dalam hati-hati kita. Dialah Tuhan kita dan kitalah umat-Nya.”1

Sebagai para pengajar berkunjung kita boleh memperkuatkan mereka yang kita kunjungi dalam usaha mereka untuk mematuh perjanjian-perjanjian kudus mereka. Dengan membuat demikian, kita menolong mereka untuk bersedia demi berkat-berkat kehidupan abadi. “Setiap orang saudari dalam Gereja ini yang sudah buat perjanjian dengan Tuhan mempunyai satu mandat ilahi untuk menolong untuk menyelamatkan jiwa, untuk membimbing para wanita dunia ini, untuk memperkukuhkan rumah tangga di Sion, dan untuk membina kerajaan Tuhan,”2 kata Elder M Russell Ballard dari Kuorum Dua Belas Rasul.

Bila kita membuat dan mentaati perjanjian-perjanjian kudus, kita menjadi alat dalam tangan Tuhan. Kita akan berupaya untuk menyatakan dengan jelasnya kepercayaan kita dan memperkuatkan iman satu sama lain dalam Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Dari Tulisan Suci

1 Nefi 14:14; Mosia 5:5–7; 18:8–13; Ajaran dan Perjanjian 42:78; 84:106

Dari Sejarah Kita

Bait suci ialah “satu tempat kesyukuran bagi semua orang suci,” Tuhan menubuat kepada Nabi Joseph Smith pada tahun 1833. Ia ialah “satu tempat untuk arahan kepada semua yang dipanggil untuk bekerja dalam pelayanan dalam semua panggilan-penggilan dan jawatan-jawatan mereka; supaya mereka boleh menjadi sempurna dalam kefahaman tentang pelayanan mereka, dalam teori, dalam asas, dalam ajaran, dan dalam semua perkara yang berkenaan dengan kerajaan Tuhan pada bumi ini” (D&C 97:13–14),

Para saudari dalam Lembaga Pertolongan di Nauvoo, Illinois, pada awal 1840 menolong satu sama lain untuk bersedia demi tatacara-tatacara bait suci. Dalam tatacara-tatacara imamat lebih tinggi yang diterima oleh Orang Suci Zaman Akhir dalam Bait Suci Nauvoo, “kuasa Tuhan dinyatakan” (A&P 84:20). “Bila Orang Suci mentaati perjanjian-perjanjian mereka, kuasa ini memperkuatkan dan menyokong mereka dalam percubaan mereka pada hari-hari dan tahun-tahun yang akan datang.”3

Dalam Gereja hari ini, para wanita dan lelaki yang beriman di seluruh dunia melayan dalam bait suci dan terus mencarikan kekuatan dalam berkat-berkat yang hanya boleh diterima melalui perjanjian-perjanjian bait suci.

Nota

  1. Russell M. Nelson, “Covenants,” Liahona, Nov. 2011, 88.

  2. M. Russell Ballard, “Women of Righteousness,” Liahona, Des. 2002, 39.

  3. Daughters in My Kingdom: The History and Work of Relief Society (2011), 133.

Apa yang Dapat Saya Lakukan?

  • Bagaimana perjanjian-perjanjian saya memperkuatkan saya?

  • Bagaimana saya menolong para saudari yang saya kunjungi untuk mentaati perjanjian-perjanjian mereka?