Pesanan Presidensi Utama, Oktober, 2012
Satu Kunci demi Keluarga yang Bahagia
Seorang penulis Russia yang bernama Leo Tolstoy mulakan novelnya yang bertajuk Anna Karenina dengan kata-kata ini: “Semua keluarga yang bahagia adalah serupa; tetapi setiap keluarga yang tidak bahagia bersedih dalam cara yang berbeza.”1 Walaupun saya tidak memilik kepastian Tolstoy bahawa semua keluarga yang bahagia adalah serupa, saya mendapati satu perkara yang dimilik oleh keluarga yang bahagia: mereka memilik cara untuk mengampun dan melupakan ketidaksempurnaan orang lain dan cara untuk mencarikan kebaikan.
Sebaliknya, mereka yang berada dalam keluarga yang tidak bahagia, selalunya mencarikan kesalahan orang lain, memegang kepada dendam, dan tidak dapat melepaskan serangan lepas.
“Ya, tetapi …” mereka yang tidak gembira berkata. “Ya, tetapi anda tidak tahu betapa teruk dia menyakitkan saya,” kata seorang. “Ya, tetapi anda tidak tahu betapa teruk orang itu,” kata seorang lagi.
Mungkin kedua-dua orang ini pun betul; mungkin kedua-dua pun salah.
Adanya banyak darjah serangan. Adanya banyak darjah kesakitan. Tetapi saya mendapati bahawa kita biasanya menjustifikasikan kemarahan dan hati nurani kita dengan memberitahu kita diri sendiri cerita tentang motif-motif orang lain yang mengutuk tindakan mereka sebagai tindakaan yang tidak boleh diampunkan dan tindakan yang egoistik, dan pada masa yang sama, meningkatkan motif kita sebagai motif yang suci dan tidak bersalah.
Anjing Putera
Ada satu cerita purba Wales dari abad ke-13 tentang seorang putera bila dia pulang ke rumahnya dia menampak darah pada muka anjingnya. Putera itu lari ke dalam rumah, dan terdapat bahawa bayinya sudah hilang dan buaian bayi itu pun terbalik. Dalam kemarahannya, putera itu gunakan pedangnya dan bunuh anjing itu. Tidak lama selepas itu, putera mendengar tanggisan anaknya—bayi itu masih hidup! Di sebelah bayi itu, terdapat seekor serigala. Dalam realiti, anjingnya telah menyelamatkan bayi putera itu dari seekor serigala yang dahsyat.
Walaupun cerita ini dramatik, ia menunjukkan satu tujuan. Ia membuka kemungkinan bahawa cerita yang kita beritahu diri sendiri tentang sebab orang lain bertindak tidak selalunya selaras dengan fakta-fakta—kadang-kala kita tidak ingin tahu tentang fakta-fakta yang sebenar. Kita ingin berasa justifikasi diri sendiri dalam kemarahan kita dengan memegang ketat pada kepahitan dan kemarahan kita. Kadang-kala dendam ini boleh berterusan selama banyak bulan dan banyak tahun. Ada masaya perasaan ini berterusan sepanjang hidup.
Satu Keluarga yang Berpisah
Seorang bapa tidak boleh memaafkan anak lelakinya kerana anaknya meninggalkan jalan yang sudah diajar dia. Anaknya berakan dengan orang yang tidak disetujui oleh bapa itu, dan dia telah melakukan banyak perkara yang berlawanan dengan perkara yang bapanya fikir harus dilakukannya. Ini menyebabkan satu perpecahan di antara bapa dan anak itu, dan secepat semungkin dia berupaya, anak itu meninggalkan rumah dan tidak pulang lagi. Mereka tidak banyak bercakap lagi.
Adakah bapa itu berasa dia dijustifikasikan? Mungkin.
Adakah anak itu berasa dia dijustifikasikan? Mungkin.
Saya hanya tahu bahawa keluarga ini berpisah dan tidak bahagia kerana bapa dan anak itu tidak boleh memaafkan satu sama lain. Mereka tidak dapat melepaskan ingatan lepas yang pahit tentang satu sama lain. Mereka mengisikan hati mereka dengan kemarahan dan bukan kasih sayang dan keampunan. Mereka masing-masing merampaskan peluang untuk memberikan pengaruhaan yang baik dalam hidup satu sama lain. Pemisahan di antara mereka begitu mendalam dan lebar sehingga mereka masing-masing menjadi banduan dalam pulau emosi diri sendiri.
Mujurnya, Bapa Syurgawi kita yang abadi dan juga seorang penyayang yang bijaksana sudah menyediakan cara-cara untuk mengatasi celah yang angkuh ini. Penebusan yang hebat dan tidak terhingga adalah tindakan keampunan dan pendamaian yang tinggi. Magnitudnya lebih dari kefahaman saya, tetapi saya bersaksi dengan segala hati dan jiwa saya tentang realitinya dan kuasanya yang besar. Juruselamat mengorbankan diri sendiri sebagai tebusan bagi dosa-dosa kita. Melalui Dia, kita memperoleh keampunan.
Tidak Ada Keluarga yang Sempurna
Tiada sesiapa pun yang tidak berdosa. Kita setiap orang buat kesalahan, termasuk anda dan saya. Kita semua pernah dilukai. Kita semua pernah melukai orang lain.
Melalui korban Juruselamat, kita boleh memperoleh kemuliaan dan kehidupan abadi. Bila kita menerima jalan-Nya dan mengatasi keangkuhan kita dengan melembutkan hati kita, kita boleh mendatangkan pendamaian dan keampunan ke dalam keluarga dan kehidupan peribadi kita. Tuhan akan menolong kita untuk menjadi lebih pemaaf, menjadi lebih rela untuk pergi sejauh mil ke dua, menjadi orang pertama yang meminta maaf walaupun perkara itu bukan kesalahan kita, untuk melepaskan dendam lama dan tidak membesarkan dendam itu lagi. Bersyukur kepada Tuhan, yang mengorbankan Anak-Nya yang tunggal, dan kepada Anak-Nya, yang mengorbankan nyawa-Nya untuk kita.
Kita boleh berasa kasih sayang Tuhan terhadap kita setiap hari. Tidak haruskah kita beri lebih banyak diri sendiri kepada orang lain seperti yang diajar dalam lagu rohani “Ker’na Kudib’ri Banyak”?2 Tuhan sudah bukakan pintu bagi kita untuk diampuni. Bukankah hanya betul untuk meninggalkan egotisme dan keangkuhan kita diri sendiri dan mula buka pintu keampunan kepada mereka yang kita berjuang dengan—terutamanya keluarga kita?
Pada akhirnya, kegembiraan tidak datang dari kesempurnaan tetapi dari mengaplikasikan asas-asas ilahi, bahpun dalam perkara yang kecil. Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul sudah mengisytihar: “Kegembiraan dalam kehidupan kekeluargaan adalah paling mungkin dicapai apabila berasaskan ajaran Tuhan Yesus Kristus. Perkahwinan-perkahwinan dan keluarga-keluarga yang berjaya didirikan dan dikekalkan atas asas-asas iman, doa, pertaubatan, pengampunan, hormat, kasih sayang, belas kasihan, kerja, dan kegiatan rekreasi yang baik dan sihat.”3
Keampunan diletakkan pada tengah-tengah kebenaran-kebenaran yang mudah ini, yang boleh didapati dari rancangan kegembiraan Bapa Syurgawi kita. Sebab keampunan menghubungkan asas-asas, ia menghubungkan orang. Ialah satu kunci, ia buka pintu-pintu yang sudah dikuncikan, ialah satu permulaan jalan yang jujur, dan ialah salah satu harapan yang paling baik demi satu keluarga yang bahagia.
Semoga Tuhan menolong kita untuk menjadi lebih mengampun dalam keluarga-keluarga kita, lebih mengampun terhadap satu sama lain, dan mungkin lebih mengampun dengan diri sendiri, saya berdoa kita boleh mengalami keampunan sebagai satu kesempurnaan seperti kebanyakan keluarga yang bahagia.
© 2012 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Inggeris: 6/11. Kelulusan penterjemahan: 6/11. Penterjemahan First Presidency Message, October 2012. Malay. 10370 348