Remaja
Doa dan Keampunan
Pada satu petang saya bertengkar dengan ibu saya dan saya berasa sedih. Jadi saya pun berdoa. Walaupun saya berasa teruk dan tidak ingin menjadi “rohani”, saya tahu bahawa doa boleh membantu saya untuk menjadi lebih gembira dan lebih kurang argumentatif. Selepas ibu saya tinggalkan bilik itu, saya mula berdoa. “Bapa Syurgawi, saya datang kepada Kamu petang ini kerana …” Ini tidak betul. Saya bukakan mata saya dan meluruskan lengan saya; doa itu pelik. Saya cuba sekali lagi. “Bapa Syurgawi, saya perlukan …” Doa itu janggal juga. Saya berasa Setan mendesak saya untuk berputus asa untuk berdoa kepada Bapa Syurgawi demi bantuan.
Tiba-tiba saya ditekan untuk mengucapkan kesyukuran! Jadi saya pun buat demikian, dan idea-idea pun mula berlimpah dari minda saya tentang semua perkara yang saya boleh bersyukur terhadap Bapa Syurgawi. Bila saya habis mengucapkan kesyukuran saya kepada Dia, saya berbincang dengan Dia tentang masalah saya.
Selepas itu saya berasa satu kedamaian yang baik dalam jiwa saya, satu perasaan rohani bahawa saya tahu Bapa Syurgawi dan ibu bapa saya sayang saya dan saya seorang anak Tuhan. Saya dapat meminta maaf kepada ibu saya dan menerima permohonan ampunnya.