2013
Mendengar Tekanan Roh
Januari 2013


Remaja

Mendengar Tekanan Roh

Pada satu malam, sepupu saya lari dari rumah, saya cepat pergi mencarinya. Bila saya memandu kereta, saya berdoa demi Roh untuk menolong saya. Saya tahu bahawa Tuhan akan menjawab saya dan mengarah saya, dan saya cuba untuk mendengar tekanan Roh. Tetapi bila saya tidak dapat mendengar apa-apa pun, saya mula berasa putus harapan dan berasa Roh tidak mengilhamkan saya.

Walaupun saya hendak pergi lebih jauh dari situ untuk mencarinya, saya berasa saya harus berada di kawasan dekat rumah sepupu saya. Jadi saya buat keputusan untuk memandu di keliling kawasan itu sekali lagi. Bila saya berhenti pada satu persimpangan, saya terlihat satu bayang seorang gadis sedang berjalan kaki. Itu sepupu saya!

Semasa saya keluar dari kereta saya dan lari ke arahnya, saya sedar bahawa Roh sudah mengarah saya dengan menolong saya berasa saya harus berada di kawasan itu. Kerana saya ingin mendengar satu suara yang halus, saya hampir-hampir tidak mempedulikan tekanan Roh. Saya baru faham bahawa banyak kali kita tidak akan dapat mendengar satu suara, tetapi kita akan berasa impresi dalam hati kita.

Saya bersyukur kepada bimbingan Roh. Dia benar-benarnya selalu bersama kita! Seperti yang difirman dalam kitab suci, “Roh Kudus akan menjadi rakanmu terus-menerus” (A&P 121:46).

Jika kita layak demi bimbingan Roh dan kita memberi perhatian, kita boleh menjadi alat dalam tangan Tuhan untuk melakukan kerja baik bagi banyak orang. Dengan temanan Roh Kudus yang berterusan, kita akan mengetahui jalan yang harus kita ambil.

Cetak