Pesanan Presidensi Utama, Januari 2013
Suara Tuhan
Ajaran dan Perjanjian menjemput semua orang di merata tempat untuk mendengar suara Tuhan Yesus Kristus (lihat A&P 1:2, 4, 11, 34; 25:16). Ia mengandungi pesanan, amaran, dan gesaan galakanYesus Kristus dari wahyu-wahyu kepada para nabi terpilih. Dalam wahyu-wahyu ini, kita boleh dapat melihat bagaimana Tuhan menjawab doa-doa kita yang beriman dengan pesanan-pesanan yang mengandungi arahan, ketenangan, dan amaran.
Dalam doa kita, kita mencarikan perkara yang Tuhan ingin kita lakukan, perkara yang harus kita lakukan untuk mencapai ketenangan dan kegembiraan dalam hidup ini dan dalam hidup akan datang, serta perkara yang berada di masa depan kita. Ajaran dan Perjanjian penuh dengan jawapan-jawapan untuk soalan-soalan seperti ini yang ditanya oleh orang biasa dan oleh nabi-nabi dalam doa yang rendah hati. Ia boleh menjadi satu bimbingan yang berharga untuk mengajar kita untuk menerima jawapan-jawapan kepada soalan-soalan tentang keadaan jasmani dan penyelamatan abadi kita.
Kerendahan hati dan iman kepada Tuhan Yesus Kristus ialah kunci. Oliver Cowdery menerima satu jawapan dari Tuhan mengenai keinginannya untuk memberi bantuan dalam penterjemahan Kitab Mormon: “Ingatlah bahawa tanpa iman kamu tidak dapat melakukan apa pun; oleh kerana itu mintalah dalam iman. Janganlah mempermainkan hal-hal ini; janganlah meminta untuk apa yang seharusnya tidak kamu minta” (A&P 8:10).
Berulang-kali dalam Ajaran dan Perjanjian, Tuhan memerlukan iman dan kerendahan hati sebelum Dia berikan bantuan-Nya. Satu sebab demi ini adalah kerana jawapan-Nya mungkin tidak datang dalam cara yang kita harapkan. Dan jawapan-jawapan-Nya tidak selalunya mudah diterima.
Sejarah Gereja dan pengalaman-pengalaman leluhur kita mengilustrasikan kenyataan ini. Datuk moyang saya Henry Eyring berdoa dengan bersungguh-sungguhnya untuk mengetahui tentang perkara yang harus dia lakukan bila dia belajar tentang injil yang sudah dipulihkan pada tahun 1855. Jawapannya datang dalam satu mimpi.
Dalam mimpinnya, dia duduk bersama Elder Erastus Snow dari Kuorum Dua Belas Rasul dan bersama seorang elder bernama William Brown. Elder Snow mengajarkan asas-asas injil selama agak-agak satu jam. Kemudian Elder Snow berkata, “Dalam nama Yesus Kristus saya memerintah anda untuk dibaptiskan dan orang ini {Elder Brown} … akan membaptiskan anda.”1 Keluarga saya bersyukur bahawa Henry Eyring beriman dan berendah hati untuk dibaptiskan pada pukul 7:30 pagi dalam kolam yang berisi dengan air hujan di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat, oleh Elder Brown.
Jawapan bagi doanya tidak datang dari satu suara Tuhan yang dapat didengar. Ia datang sebagai satu penglihatan dan satu mimpi pada waktu malam, seperti yang berlaku kepada Lehi (lihat 1 Nefi 8:2).
Tuhan sudah mengajar kita bahawa jawapan boleh datang sebagai perasaan. Dalam Ajaran dan Perjanjian, Dia mengajar Oliver Cowdery, “Ya, lihatlah, Aku akan memberitahu kamu dalam fikiranmu dan dalam hatimu, melalui Roh Kudus, yang akan datang ke atas dirimu dan yang akan berdiam dalam hatimu” (A&P 8:2).
Dan Dia mengalakkan Oliver dengan berkata: “Adakah aku tidak memfirmankan kedamaian pada fikiranmu mengenai masalah ini? Kesaksian yang lebih besar apakah yang dapat kamu peroleh daripada dari Tuhan?” (A&P 6:23).
Ajaran dan Perjanjian, sejarah Gereja, dan sejarah yang disimpan oleh Henry Eyring pada misinya selepas pembaptisannya mengajar saya bahawa jawapan boleh dirasa sebagai amaran dan sebagai ketenangan juga.
Pada hari bulan April 1857, Elder Parley P. Pratt dari Kuorum Dua Belas Rasul menghadiri satu persidangan di Oklahoma, Amerika Syarikat. Henry Eyring mencatat bahawa “minda Elder Pratt penuh dengan fikiran yang menyedihkan … , tidak berupaya untuk membezakan masa depan atau apa cara pun untuk melepaskan diri.”2 Henry mencatat berita sedih dengan segera selepas kesyahidan Rasul itu. Elder Pratt teruskan perjalanannya walaupun dia berasa bahaya, seperti Nabi Joseph pergi ke Carthage.
Saya bersaksi bahawa Tuhan menjawab doa yang rendah hati dan beriman. Ajaran dan Perjanjian serta pengalaman kita diri sendiri mengajar kita cara untuk mengenali jawapan-jawapan itu dan menerima jawapan-jawapan itu dengan beriman, mahupun jawapan itu satu arahan, satu penetapan kebenaran, atau satu amaran. Saya berdoa bahawa kita selalu mendengari dan mengenali suara Tuhan yang berbelas kasihan.
© 2013 oleh Intellectual Reserve, Inc. Hak cipta terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/12. Kelulusan penterjemahan: 6/12. Penterjemahan First Presidency Message, January 2013. Malay. 10661 348