2013
Kerja Mubaligh
Januari 2013


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Januari 2013

Kerja Mubaligh

Pelajarilah pesanan ini secara penuh doa dan, sebagaimana sesuai, berbincang mengenainya dengan saudari yang anda kunjungi.Gunakan soalan-soalan yang di bawah untuk menolong menguatkan para saudari yang anda ajar dan membuat Lembaga Pertolongan sebahagian giat dalam hidup anda sendiri.Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.

Materai Lembaga Pertolongan

Iman, Keluarga, Pertolongan

Para Orang Suci Zaman Akhir dihantar “untuk bekerja dalam kebun anggur-Nya demi penyelamatan jiwa manusia” (A&P 138:56), termasuk kerja mubaligh. Kita tidak perlukan satu panggilan misi yang rasmi untuk mengongsikan injil. Hidup orang lain akan diberkat oleh injil yang menyelubungi kita, dan semasa kita menyediakan diri sendiri, Tuhan akan gunakan kita. Para pengajar berkunjung boleh melaksanakan tugas rohani mereka dan menolong “untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan kekal bagi manusia” (Musa 1:39).

Bila Nabi Joseph Smith mengorganisasikan Lembaga Pertolongan pada tahun 1842, dia berkata bahawa wanita tidak hanya menjagakan yang miskin tetapi juga harus menyelamatkan jiwa.1 Ini masih tujuan kita.

“Tuhan … mengamanahkan kesaksian tentang kebenaran kepada mereka yang akan mengongsikan kesaksian itu dengan orang lain,” kata Presiden Dieter F. Uchtdorf, Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama. “Lebih lagi, Tuhan harapkan ahli-ahli Gereja-Nya untuk ‘membuka mulut [mereka] di segala waktu, memaklumkan Injil-[Nya] dengan suara sukacita’ (A&P 28:16). … Kadang-kala satu frasa kesaksian boleh memulakan pengaruhan terhadap hidup seseorang untuk selama-lamanya.”2

Dari Tulisan Suci

Ajaran dan Perjanjian 1:20–23; 18:15; 123:12

Dari Sejarah Kita

Cerita tentang Olga Kovářová dari bekas Czechoslovakia ialah satu contoh tentang kerja mubaligh dari sejarah Lembaga Pertolongan. Pada zaman 1970, Olga seorang pelajar ijazah kedoktoran dan dia inginkan satu kehidupn rohani. Dia memerhati seorang Orang Suci Zaman Akhir, Otakar Vojkůvka yang berumur 75 tahun. “Dia nampaknya berumur tujuh puluh lima tahun tetapi dalam hatinya dia berusia lapan belas tahun dan penuh dengan kebahagiaan,” dia kata. “Ini sangat luar biasa di Czechoslovakia pada waktu sinisisme itu.”

Olga menanya Otakar dan keluarganya bagaimana mereka mendapat kebahagiaan. Mereka memperkenalkan dia kepada ahli-ahli Gereja dan berikan dia satu buku Kitab Mormon. Dia bacakan buku itu dengan ghairah dan kemudian dibaptiskan dan ditetapkan. Semenjak masa itu Olga ialah satu pengaruhan yang baik dalam dunia penindasan politikal dan penganiayaan agama. Dia melayan sebagai presiden Lembaga Pertolongan dalam cabangnya dan menolong untuk menyelamatkan jiwa orang lain dengan membawa mereka kepada Kristus.3

Apa yang Dapat Saya Lakukan?

  1. Adakan saya ikut tekanan Roh Kudus bila saya mengongsikan kesaksian saya dengan saudari yang saya kunjungi?

  2. Bagaimana saya dapat menolong para saudari yang saya kunjungi untuk belajar tentang injil?

Nota

  1. Lihat Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 453.

  2. Dieter F. Uchtforf, “Waiting on the Road to Damascus,” Liahona, Mei 2011, 76–77.

  3. Lihat Daughters in My Kingdom: The History and Work of Relief Society (2011), 92–95.